Biasanya market wizard ni takkan mengajar. Takkan buat kelas. Sebabnya :
1. Dia buat duit dengan trading. Buat apa dia buang masa mengajar.
2. Sistem dia adalah rahsia dia. Sistem technical analysis takkan jadi kalau ramai orang pakai. Ini statistic dan disokong oleh theory of probability.
—-
Kalau dia menulis buku, dia akan tulis tentang pengalaman dia, life dia, dan tools basic yang perlu ada kalau nak jadi macam dia. Dia takkan cerita pasal sistem dia.
Kalau dia buat kelas pula, dia akan tekankan pasal research, research dan research. Dia takkan tekankan pasal untung, untung atau kaya, kaya. Dia takkan ajar sistem sistem dia. Biasanya talk yang orang jemput.
Dia akan suruh kau baca buku tu, buku ni. Bukan suruh kau belajar sistem orang itu, tapi ambil ibrah tentang mereka.
—-
Kalau kau jumpa Market Wizard, kau takyahlah minta dia buat kelas. Dia takkan buat kelas. Kau jangan cerita pasal duit, sebab dia sendiri machine duit.
Jadi, apa kau nak kena buat?
Kau minta tips jelah! Tanya dia stock apa nak beli, entry price apa, stop loss mana, target price apa. Setel.
InsyaAllah kau akan untung. Kalau tak masuk pun, direction betul, kau takkan rugi. Kalau kata kena stop loss pun, small loss lah.
—-
Sebab tok guru aku ialah Market Wizard, antara buku yang dia suruh baca adalah pasal orang ini.
Jesse Lauriston Livermore.
Pernah baca? Korang google lah!