Buktikan kau memang buat untung/duit dengan trading saham!

B

Buktikan kau memang buat untung/duit dengan trading saham!

Bagaimana?

1. Tunjukkan certain period PnL kau dalam trading! Itu sahaja. Kalau boleh 9-12 bulan.

2. Lepas tu, kau buat live trading.

3. Kau kasi tips intraday. Stock apa, entry price, stop loss dan target price. 3 kali dalam 1 minggu ok lah.

—-

Apa rasionalnya?

1. Kalau kau sekadar tunjuk kau profit masa tengah uptrend, itu bukan bukti sistem kau bagus. Sebab tu kena tunjuk PnL untuk certain period of time. Kalau sekadar 1 hari, lagi tak boleh harap.

2. Live trading akan menunjukkan betapa genuinenya skill dia trading. Kita akan dapat tengok berapa modal dia, margin dia, dan apa yang dia main. Orang yang biasa trading akan tau yang mana real trading, yang mana sarkis.

3. Intraday tips ni memang betul-betul menguji sistem technical analysis (TA) dia. Bagitau direction pun dah power, kalau entry masuk dan dapat target price. Memang dia steady lah!

Ada orang gebang untung 200% sebab beli Tesla tahun lepas masa USD300. Beli simpan ni bukan game TA, game TA sebenar adalah intraday.

—-

Then, baru kau tau, puak- puak tunjuk untung dan tunjuk kaya tu sebenarnya kaya sebab betul-betul trading saham atau buat kelas.

Itu sahaja..

😉

ps : Di bawah tu contoh PnL selama 9 bulan untuk 1 strategy stock trading dengan Trade Station tok guru kami. Baru 1 stock tau. Bukan 1 stock je kita main.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.