REZEKI ITU PASTI DARI TUHAN!

R

Terkenang selepas aku memberi pengajaran berguna kepada vc bangang,

(rujuk sini : https://www.facebook.com/100037715657121/posts/273506407249879/?d=n),

kawan vc bangang telah memberi cabaran kepada aku dan Nik Izwan Kamel, katanya,

“I swear you guys wont get any fund.. We will see who gonna give you fund!”

Aku memberi jawapan mudah,

“F*ck you lah, we don’t need your money! Ohya, you just macai to your company, not your money. Fund? Who care?”

—-

Selepas beberapa beberapa bulan kejadian itu, sahabat kami Abu Aisyah Yat Saaidal datang approach. Katanya nak apply geran CREST dengan sahabatnya dari UiTM. Aku kata ok je, kalau takda geran pun kami akan jalan juga.

Sebelum itu kami telah keluarkan geran di UM untuk projek “Precision landing on moving platform using fixed wing UAV for marine application.”

Maksudnya geran CREST ini kalau dapat, akan membantulah projek ini. Tapi macam biasa, kami tak harap pun geran ini. Kami jalan macam biasa. Kami merancang, tuhan merancang, perancangan tuhan itu pasti. Kami dapat geran CREST sebanyak RM500k.

Cumanya geran CREST ini bukan macam geran biasa, ia matching grant, geran ini kena 1 to 1. CREST keluarkan RM500k untuk pembelian machine, kami kena keluarkan RM500k untuk segala kos lain. Which sebenarnya kami dah keluarkan lebih sebab dah start dulu.

CREST minta right IP system drone kami sebanyak 50%. Sekali lagi aku bertegas yang kami kena majoriti sebab ia adalah produk dan hasil kajian kami. Kalau tak setuju, kami tak terima offer geran tersebut. Alhamdulillah, pegawai mereka faham dan mereka bijak.

Maka termeterailah perjanjian diantara Ifcon Technology, UM dan UiTM dengan CREST. Maka, cabaran atau sumpah mangkuk itu nampaknya tak menjadi kerana kami kaum yang beriman dengan Allah itu maha kuasa dan maha pemberi rezeki.

Pengajaran untuk cerita ini adalah, dalam hidup ini, kau tak perlu kau jadi penjilat atau pengampu untuk kau dapat apa-apa geran atau funding. Biar kau dapat kerana kau layak.

Diorang recognize hasil kerja kau, bukan hasil jilatan kau. Baru kau boleh deal dan negotiate dengan penuh bermaruah. Ingat kawan-kawan, kita tak perlu disayangi. Kita mesti jadi kaum yang diperlukan, bukan disayangi..

#HEILB40M40
#BUKANPENJILAT
#PANGLIMASTARTUP

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.