AKU MENULIS UNTUK MENJATUHKAN ORANG?

A

(walaupun fake account)

Mamat ni pernah mesej aku masa PKP tempoh hari, tapi mesej dia masuk spam. Tapi aku ini orang yang baik hati, aku sentiasa buka pintu bila diketuk, tak kira Mat Tabligh atau Jehova Witness. Maka aku replyla sorang-sorang dengan style aku macam biasalah.

Tapi dia butthurt plak. Siap sound aku jangan kerek plak. Ibaratnya begini, kau ketuk pintu rumah aku, aku reply dengan muka ngantuk, kau kata aku kerek. Camtulah..

Yang menarik perhatian aku, dia yang ngaku dia chartered accountant, konon nak tolong reply persoalan orang tu, akhirnya menuduh aku nak menjatuhkan orang. Siap menjilat lagi kapitalis kayangan yang aku kritik

—-

Ada 2 pengajaran aku nak share :

1. Hormatlah orang yang kau nak approach. Kalau kau yang approach dia, dia reply macam mana pun kau kena terima lah. Setiap manusia ada cara masing-masing.

Kalau kau pondan, nerd, dan skema, janganlah expect semua orang pondan, nerd, dan skema. Jangan paksa orang lain jadi macam kau. Manusia ni macam-macam kan, belajarlah terima cara orang lain bila kau approach dia.

Aku ni walaupun aku tak suka pakai baju berkolar, bercoat dan berkasut, cakap saya-awak dan berbahasa Inggeris, tapi aku boleh lakukan bila mana aku ke tempat orang, aku yang ingin berjumpa orang itu. Aku ikut cara dia.

Tak pernah aku maki orang yang paksa aku pakai kasut dan baju berkolar jangan kerek bila mereka mengenakan syarat atau protokol sebegitu. Aku hormat itu cara mereka. Aku pernah je mesej orang, dia reply cara poyo, aku tak maki pun dia. Tak kata dia kerek, sebab aku yang mesej dia. Aku yang perlukn dia.

Bila orang approach aku, aku tak paksa diorang ikut cara aku, aku ok je diorang nak bersaya awak atau ber-you and I. Aku akan kekal dengan cara aku. Tapi, janganlah kau sound aku pula bila aku jadi diri sendiri di rumah aku sendiri. Lol!

2. Aku tak kisah pun kau siapa pun atas dunia ni. Anak raja ke, Perdana Menteri ke, buruh kasar ke, cikgu matematik ke atau chartered accountant sekalipun. Setiap orang ada cara masing-masing, ada tanggungjawab masing-masing.

Tapi bilamana seorang pengaku profesional cuba menuduh aku cuba menjatuhkan orang dan akhirnya seoalah-olah menyokong sang kapitalis itu, aku rasa ada masalah besar. Bukankah sepatutnya mereka yang profesional ini yang berjuang untuk kami marhaen melawan penindasan dan pembodohan puak kayangan?

Kalau kau berminat dengan apa yang aku tulis, kau ada wall kau, kau tulislah kat wall kau. Kau nak bela puak kapitalis kayangan pun, silakan. Dunia ini luas untuk seluruh manusia, tak perlu pun datang ke dunia aku yang nobody ni.

Apa aku tulis, untuk diri aku, untuk menyebarkan kebenaran yang aku rasakan betul. Aku bertanggungjawab di atas apa jua yang aku tulis. Nak saman aku? Silakan. Aku tak pakai fake account atau gambar kartun.

—-

Buat korang yang baru aku approve friend, kalau tak suka cara aku, idea aku, pandangan aku, gaya aku, korang boleh block aku, unfriend, dan unfollow aku. Aku akan kekal dengan cara dan gaya aku selagi tak melanggar undang-undang.

Kau ada life kau dan cara kau. Aku ada life aku dan cara aku. Kita semua unik. Tak suka aku takpa, dunia ini terlalu luas untuk kita bertembung. Jauhkanlah diri kau dari aku..

Kerna aku bukan dak nerd cam kau!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.