JANGAN TRADE SAHAM!

J

Perguruan kami mewarisi sistem trading guru kami yang mulia, seorang market wizard lagenda, makin hampir sampai ke penghujung. Segala ilmu methodology, psychology dan philosophy trading hampir semua telah diperturunkan.

Guru kami telah memulakan kajian terhadap stock market sejak lebih kurang tahun 1974 dan menyelesaikan sistem beliau sekitar tahun 2014. Selama hampir 40 tahun beliau telah berjuang menggunakan segala ilmu dan pengetahuan beliau dalam matematik dan statistic dengan melakukan research yang holistik tanpa jemu.

Tidak cukup dengan itu, psychology dan philosophy dunia trading juga beliau kaji untuk menyokong segala kesimpulan beliau. Beliau telah berhabis berjuta-juta ringgit tidak terkira untuk mencipta sistem trading beliau sendiri. Masa dan berjuta wang ringgit telah beliau laburkan untuk menghasilkan sebuah sistem yang aku dan Nik Izwan Kamel warisi dengan sumpah dan janji.

Beberapa hari lalu, beliau sekali lagi memberi peringatan tentang trading philosophy,

“Saham ini bukan untuk semua orang. Kalau semua orang boleh buat duit dengan saham, dunia akan JEM. Tiada orang nak jadi tukang masak, bawa e-hailing, jadi engineer dan jadi pilot. Duduk depan screen dah boleh buat duit.”

“Kadang-kadang saya sedih tengok mereka-mereka yang mengajak orang trade saham, memberi mereka harapan palsu yang trading saham ini mudah.”

“Ada yang bergolok gadai, ambil personal loan, jual kereta, bayar yuran kelas beribu-ribu ringgit, dengan harapan boleh mengubah nasib mereka. Tetapi akhirnya, kehidupan mereka makin teruk, mereka rugi. Ada yang bercerai berai kerana saham, ada yang bankrap kerana saham.”

Guru kami menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka yang ditipu para penganjur kelas yang memancing manusia-manusia yang mencari sesuatu yang lebih baik. Aku juga turut bergenang air mata melihat betapa sedihnya beliau melihat masyarakat ditipu oleh manusia-manusia yang memberi harapan palsu tentang dunia saham.

Iklan-iklan yang misleading, dengan copywriting yang menarik, penjualan buku-buku atau ebook-ebook yang dijual premium yang seolah-olah menggalakkan masyarakat untuk trade saham. Walau mereka semua itu bukanlah trader dan tidak menjadi kaya sebagai trader.

Air mata yang menitis kerana melihat kerakusan manusia menipu atas nama membantu manusia lain dengan saham adalah bukti betapa geramnya beliau terhadap para penipu di luar sana.

Kata beliau mudah,

“JANGAN TRADE saham. Trading saham bukan untuk semua orang.”

Mudah, padat dan jelas.

Buat masyarakat sekalian, kalau benar-benar nak jadi trader, nak jadi kaya dengan saham. Hanya ada 2 cara sahaja.

1. Jadi insider trader atau jadi operator.
2. Jadi market wizard.

Korang pernah dengar insider trader buat kelas? Market wizard buat kelas ajar teknik trading system diorang?

TAK PERNAH!

Mereka takkan buat. Kerana seni trading saham adalah melibatkan theory of probability. System kita perlu jadi “the random one” yang berjaya. Kalau semua orang jadi “the random one” tersebut, system takkan jadi. Sebab itu mereka-mereka yang menggunakan system off the shelve mustahil boleh buat duit.

So called sifu-sifu itu pun tahu, mereka gagal. Akhirnya, mereka berlakon tunjuk hebat, buat kelas, ajar system off the shelve yang mereka sendiri gagal. Tulis buku ajar system yang gagal. Jual ebook ajar dan galakkan orang main saham walhal mereka sendiri gagal dalam trading saham.

Mereka gagal! Sebab itu mereka buat kelas. Kalau system mereka works, mereka takkan ada masa untuk tulis buku, buat kelas. Mereka akan gila buat analisis! Takkan ada masa buat kelas mahupun menulis buku.

“If you have a money printing machine, are you going to teach people to build one?”

Jadi apa nak kena buat?

MUDAH! Jangan trade saham!

Kalau nak belajar, dengan siapa?

Dengan sifu yang berani tunjuk p&l dia sepanjang tahun dan keputusan dia sekurang-kurangnya 6-4 secara average selama 2-3 tahun. Maksudnya dalam 10 kali dia trade, 6 untung 4 rugi. Dan jumlah keutungan mengatasi kerugian. Kau jumpa orang macam ni, kau belajarlah dengan dia. Spendlah duit untuk belajar system dia, belilah buku dia.

Kalau takda yang berani tunjuk, percayalah. Mereka sendiri sebenarnya gagal. Kata sahabat aku, Fdaus Ahmad,

“Macam lecturer, nak jadi lecturer engineering, mesti kena lulus jadi engineer, ada degree engineering. Maksudnya dia dah lulus exam engineering, ada cert lulus dengan markah-markah yang ditetapkan oleh senat.”

Sama juga nak ajar orang trading dengan berjaya atau jadi trader berjaya. Mesti kena lulus exam jadi trader berjaya dulu. Kena tunjuk sijil. Apa sijilnya? 2-3 tahun trading history/record (p&l) yang mendapat markah lulus. Bukan sijil-sijil sampah keluaran institusi-institusi boleh dibeli dan dibayar, yang haram tak boleh pakai pun.

Ingat, RESULT speaks louder than words! RESULT does matter!

Jangan percayalah mana-mana manusia yang tunjuk terer dia main saham lepas tu buat kelas, jual ebook atau buku ajar cara trading. Tak kisahlah srikandi ke, prodigy ke, sifu ke, tuan haji ke, doktor phd ke, doktor perubatan ke, pakar ekonomi ke, cybertrooper umno ke, ironman ke..

Usul fiqh untuk dunia saham adalah,

“ASAL TRADER ITU RUGI, MELAINKAN DIBUKTIKAN SEBALIKNYA..”

“ASAL SIFU/GURU/PENULIS MENGAJAR SAHAM ITU PENIPU MELAINKAN DIBUKTIKAN SEBALIKNYA..”

Macam mana nak buktikan SEBALIKNYA itu?

Minta record pencapaian trading mereka, 2-3 tahun. Kalau diorang tak berani bagi, suruh diorang trading jela. Jangan ajak orang lain tersontot sekali!

Kau tak percaya cakap aku? Terserah!

😜

ps : Chart di bawah adalah arkib kajian guru kami menggunakan RSI, DMI, R-value, MacD, Fibonachi, Elliot Wave yang akhirnya ditinggalkan buat selama-lamanya.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.