USUL FIQH TRADER SAHAM

U

“Asal trading itu merugikan melainkan dibuktikan sebaliknya..”

“Asal trader itu rugi, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Ada 3 cara sahaja untuk dia buktikan sebaliknya.

1. Trader wajib tunjuk trading history (p&l) selama 2 tahun untuk membuktikan dia memang aktif trader dan memang buat untung dengan trading.

2. Live trade untuk menunjukkan kepada mereka yang faham dunia ini. Live trade drama ni, orang terer boleh detect.

3. Seminggu 3x at least, selama 1 bulan. Stock apa, entry dekat mana.. Cukuplah.. Tak minta lebih..

Kalau ada guru/sifu/penulis ebook berani buat macam ni. Kau belajarlah dengan dia tanpa ragu-ragu. Beli dan bacalah buku dia.

Aku dan Nik Izwan Kamel pun boleh tutup research house kami dan berguru dengan dia. Yelah, kalau system dia works, buat apa kami susah-susah dah. Follow jelah senang. Betul tak?

Tapi lah, yang aku perasan setakat ni. Segala sifu/guru/penulis ebook semua tu tak boleh generate income fulltime dari trading. Most of them dengan kelas. Tulis ebook. Masih jual unit trust, takaful dan lain-lain. Takda lagi yang aku kenal hidup dan income dia hanya trading kecuali seorang.

Aku pernah tanya anak murid seorang penulis muda,

“Dia buat duit dengan trading ke dengan jual ebook?”

Anak muridnya ketawa saja. Aku tanya lagi,

“macam mana kau tau dia hebat? Dia pernah tunjuk trading history dia selama ini?”

Pun dia ketawa juga.

Maka tahulah aku, dia belajar dengan guru yang rugi trading. Cuma pandai tulis buku dengan teknik-teknik dan sistem-sistem off the shelf sahaja..

Tak ikut usul fiqh aku? Takpa, kau takkan murtad punya. Jangan risau. Cuma kau rugi jela duit dan masa kau belajar dengan guru yang bawa kau ke neraka wang..

p/s : pinjam perkataan neraka wang dari Afyan Mat Rawi.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.