Pentaksub Mazhab

P

Siapa yang pernah tinggal di luar negara pasti pernah melalui pengalaman melayan bangsa luar yang suka mengajar kita tentang Islam. Seoalah-olah mereka lebih Islam dari kita.

Mereka mengajar kita cara takbir, bersedekap, halal haram dan paling menjengkelkan bertanya bila Melayu terima Islam. Mereka berbangga mereka menerima Islam lebih awal.

Di Australia, mazhab Hanafi merupakan mazhab terkuat dan teramai. Bangsa Turki, Pakistan, Turkistan, Bangladesh dan India majoriti bermazhab Hanafi. Hal ini menyebabkan aku mengkaji fiqh dan usul mazhab Hanafi secara lebih intensif.

“Mana boleh diorang tunjuk pandai lebih dari aku. Nak ajar diorang biar kalahkan diorang dalam gelanggang diorang.” syaitan berihram membisik hati aku.

Suatu hari, seorang kenalan Pakistani cuba mengajar aku melaungkan iqamah. Mazhab Hanafi, iqamah dan azan tiada beza. Aku buat taktau. Habis aja solat. Aku terus ajak dia bersembang dengan niat nak mengajar dia.

Aku ingat nak radd (kritik) usul mazhab dia, tapi sekali aku tanya,

“Bro, could you tell who is Nu’man ibn Tsabit in Hanafi?”

Dia jawab,

“I am not sure bro..”

Aku kasitau dia,

“You better learn about your mazhab before trying to teach me. Google now..”

Dia terpinga-pinga sambil mengGoogle..

Muka dia terus berubah lepas hasil carian telah dia jumpai..

Aku senyum. Bagi salam dan chow!

—-

Korang yang mengaku mazhab Syafie tu harap kenallah siapa Imam Syafie dan apa mazhabnya. Jangan claim je..

Siapa nama Imam Syafie yang sebenar?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.