“KALAU BETUL TRADING BANYAK UNTUNG, KENAPA TAKUT NAK BAGI PnL?”

Lagi ramai akan belajar dengan kau. Kau pun makin kaya, makin ramai anak murid. Boleh jual Aku pun akan belajar dengan kau. Aku sendiri akan recommend.

Tapi itulah, as I expected. Semua guru-guru saham ni, dia sendiri pun tak buat duit dengan trading. Dia buat duit dengan kelas je. Dia ajar sistem yang dia tahu GAGAL.

Tak kisahlah teknik atau sistem kau nak belajar tu dengan Mahaguru Wyckoff ke, Mahaguru Elliot Wave ke, Mahaguru RSI/DMI, Welles Wilder ke, Mahaguru Ichimoku ke, Mahaguru Fibonacci ke, Mahaguru MacD..

Dia ramai anak murid ke, dia pakai tie dan coat buat gambar profile, dia sembang teknikal penuh dalam wall sosmed dia, dia cakap penuh dengan wordings yang kau tak faham, dia tunjuk chart hari-hari..

Dia tunjuk dia untung, dia tunjuk rumah dia, office dia, team dia semua pakai coat, dia minta anak-anak murid bagi testimonial positive, even dia tunjuk bank account dia..

Kalau dia nak mengajar, buka kelas trading, kau jangan join, ketahuilah itu semua gentelan-gentelan jiwa untuk buat kau stim dan kemaruk untuk ke kelas dia. Untuk kau sanggup bayar beribu-riban untuk belajar teknik/sistem/strategy yang dia nak ajar.

Kau istigfar dulu. Kau ingat usul fiqh ni.

“Asal trading itu rugi, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

“Asal trader itu tak buat untung, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Jadi, korang minta trading history, trading record, PnL bakal guru korang. Lagi lama trading history/record/PnL diorang boleh bagi, lagi tinggi credibility dia. Korang nilai sendiri. Setahun dia trade berapa kali, berapa banyak dia load duit dia, untung berapa kali, rugi berapa kali, total PnL untung ke rugi. Kalau untung significant tak untung tu.

Kalau korang rasa dia steady, korang puas hati dengan performance dia. Belajarlah dengan dia. Sebab kalau dia sendiri pun gagal, apa ilmu yang dia boleh ajar kau untuk berjaya dalam trading?

Anak-anak murid yang in-denial ni biasalah. Macam anak-anak murid Zizan Seman, Najib Sodok. Macam taik-taik ponzi yang dah dump duit dalam tu. Takkan nak mengaku fail. Malulah kan?

So, buktikan!

Kalau tak, takda beza guru-guru saham ni dengan scammer dan penagih dadah. Scammer jual penipuan, penagih dadah pandai coverline. Guru-guru saham ada kedua-dua sifat tersebut. Jual kelas ajar sistem/teknik/strategy yang dia sendiri gagal, coverline macam penagih dadah.

Sian..

Ingat kawan-kawan, jangan mudah terpancut dengan warna hijau dan untung! Trading saham bukan untuk semua orang..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.