BANKER BIADAP KERANA KASTA?

B

Aku telah beli Axia Kompang untuk kegunaan pilot aku bagi tujuan delivery, pergi pasar atau urusan yang tak perlu menggunakan kenderaan besar.

Harga Axia Kompang adalah RM24k. Pembiayaan 9 tahun dengan deposit RM5k, sebulan installment dalam RM260. Oklah, kereta baru, ada warranty. Maklumlah, aku bukan trader saham yang trade untung masyuk hari-hari.

Selama ini dalam hidup aku, banker akan call aku secara personal, datang mencari aku, jumpa di pejabat aku, belanja minum siap, boleh berwhatsapp dan sangat beradab. Mungkin kerana nilai kenderaan sebelum ini lebih mahal dari Axia Kompang.

Tetapi kali ini, banker call dengan telefon pejabat, sekali sahaja misscall. Kemudian terus endah tak endah. Bila aku call balik gaya pun sangat sombong. Amboi, mentang-mentang beli Axia Kompang, kau pandang rendah ya!

Aku tak faham kenapa kau harus bersikap berbeza dengan orang beli Axia dengan orang beli Ferrari. Mereka masing-masing manusia, kau kerja makan gaji je. Mereka semua pelanggan kau. Salahkah layanan diberi sama rata? Adakah tahun 2020 ini nilai kasta masih wujud. Takkan sebab komisen sikit, nilaian kemanusiaan kau menurun terhadap seseorang?

Kau tunggu masa aku nak sign agreement nanti!


Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.