Korang biasa kenal budak-budak startup ni kaki jilat kan? Pitching sana, pitching sini, jilat sana, jilat sini. Tipu sana, tipu sini. Sembang kencang dalam sosial media.
Korang pernah dengar syarikat startup buat duit pada tahun pertama? Aku up lagi, syarikat startup mana yang bayar cukai pada tahun pertama? Kalau ada tolong kasitau.
Korang pernah dengar syarikat startup bayar cukai lebih RM100k pada tahun pertama? So kau kiralah sendiri untung dan revenue dia berapa pada tahun tersebut.
Korang nak tau apa rahsianya? Aku ingat nak tulis buku bagaimana aku, Abu Aisy dan Nik Izwan Kamel buat startup sampai untung dan kena bayar cukai sampai lebih RM100k.
Ini kisah benar, pengalaman sebenar dan perjalanan gila yang kami tempuhi tanpa bantuan kerajaan, geran, vc dan menteri.
Siapa nak beli buku tu nanti say “Ai”..