Buku agung karya Karl Marx, Das Kapital dan The Communist Manifesto menjadi bacaan aku sepanjang aku aktif dengan pertubuhan Marxisme di Australia suatu ketika dahulu. Taktaulah berapa kali aku dah khatam.
Aku juga bekerja di Adelaide, negeri labor party, negeri union, negeri marxist. Tinggal di sana hampir 10 tahun. Maka aku juga ikut terkesan dengan tatacara mereka menguruskan pekerja.
Tahun pertama syarikat kami bermula di Malaysia. Kami bermula dengan sistem tiada hirarki dan flexible working hours. Boss dengan staff panggil nama, kau aku je. Masuk kerja bebas sebelum jam 11am.
Masuk awal balik awal. Masuk lewat balik lewat. Asal kerja siap. Target tercapai. Tapi, haram. Semua tak masuk kerja. Kerja tak jalan. Staff siap kurang ajar lagi.
Maka, aku sedar culture tersebut tidak boleh di-apply di Malaysia. Hancur. Selepas itu aku tukar pula sistem insentif. Siap kerja on time dapat insentif. Office aku siap bagi free lunch lagi.
Sistem yang sama aku apply dekat office aku di Indonesia. Bezanya, di Malaysia insentif RM1000, di Indonesia RP1juta. Tapi, yang di Malaysia tidak kejar pun. Yang di Indonesia, jam 4 pagi sudah keluar rumah, 2 jam naik motosikal ke kantor. Tiap-tiap bulan achieve target, dapat insentif.
Tak dapat dinafikan memang ada majikan yang jahat. Tak tunai janji, tak bayar gaji. Tak bayar epf, socso. Kau ada hak untuk bawa ke Pejabat Buruh. Tapi, untuk majikan baik cam aku, takkan kau nak aku heret kau ke mahkamah?
Aku ada kapasiti tu. Aku boleh buat. Aku boleh saman kau, lanyak kau sampai kau mampos. Aku boleh susahkan hidup kau. Tapi berbaloi ke aku nak buang masa, buang duit dan aku tau kau takkan ada duit untuk lawan. Lagipun hancur hati aku buat orang macam tu.
Allah telah takdirkan seorang sosialis menjadi kapitalis. Menjadi majikan. Sebab itu aku cuba melayan dan berimpian untuk bagi macam-macam benefit apabila syarikat aku makin kaya dan raya. Setiap bulan, aku akan pastikan gaji dibayar. Perjanjian dipatuhi. Aku tak makan takpa. Biar mereka makan dulu.
Jadi, jangan ajar aku tentang hak pekerja, tunaikan dulu hak majikan yang membayar gaji kau. Ingat, masa, diri dan skill kau majikan telah beli mengikut perjanjian yang telah termeterai.
—-
Rujuk tulisan tentang Marx :