Apa khabar trader hari ini? Salam 1 Muharram, salam Hijrah. Bisik ke telinga orang di kiri anda, katakan pada dia,
“Saya kaya dan berjaya!”
—-
Semalam, kami telah decide untuk berhijrah dari kota New York ke kota Tokyo. Jadi segala system dan software telah disediakan untuk itu. Kami juga tidur di office tatkala korang semua jutawan-jutawan sekalian diulit mimpi. Kami marhaen terpaksa bersengkang mata.
Lepas solat fajar, terus kami bersiap. Check live chart, broker, duit semua cukup tak. Walaupun nak test je, tetap tak boleh rugi. Setelah scanner kami mengeluarkan stock mengikut signal yang kami cari, kami kena decide nak main stock mana satu.
Duit dalam account ada USD3000. Dalam 4 stock yang keluar. Hanya 1 je yang mampu dicuba kerana Tokyo juga pakai system buy by lot dan broker kami mewajibkan sekali trade kena value USD3000 ke atas. Maka 1 stock bernombor 3333 telah dipilih.
Nama stock tersebut adalah Asahi. Macam pernah dengar tapi aku abaikan. Sebab nak testing je pun. Tiba-tiba guru kami yang mulia pula call, dia kata dia nak datang. Nak bawa nasi lemak. Sampai-sampai dia tanya,
“trade stock apa?”
Kami jawab, “333 haji!”
“Stok apa tu? Engineering ke?” tanya beliau.
Aku pun lantas Google, keluarlah Asahi Group Holding yang buat sake, arak dan minuman-minuman lain. Basically breweries ler. Dek kerana niat testing je, aku kata,
“Company arak haji!”
Terus market wizard itu kata,
“Takda stock lain ke? 1 Muharaam ni, first trial, takkan nak trade arak?”
Kami lantas jawab,
“Duit tak cukup haji, yang masuk list semua stock mahal..”
Orang tua itu taknak mengalah, beliau terus cakap, takpa nanti saya topup, sekarang ni cari signal lain, stock lain..
Kelam kabut kami cari stock lain yang dengan signal lain. Akhirnya jumpa stock 8058, Mitsubishi boleh buy. Terus masuk order dan tunggu. Lepas 15 minit dah untung, malas nak tunggu, terus keluar. Then baru tahu berapa fi yang dikenakan.
Get ready orang Jepun, kami bangsa Melayu akan gegarkan capital market korang!
Kah kah kah!
Itulah kisahnya di pagi awal muharram. Korang pagi ni buat apa? Mana gang trade global? Apa khabar semua hari ini? Say aii semua!