Dulu bila ada kawan-kawan, adik beradik, sedara mara, isteri-isteri dan pekerja-pekerja mengadu dekat aku masalah duniawi diorang, aku akan sebut,
“Biasalah, dunia ini bukan utopia, bukan juga syurga. Dalam hidup mesti ada masalah baru datang, dalam kubur je mungkin dah takda masalah baru..”
Sembang kencang..
Hari ni aku dan Nik Izwan Kamel kena melayan masalah yang tak sepatutnya kami hadap. Akibat kebengapan kawan-kawan dan pekerja-pekerja.
Aku kena pergi balai polis buat report, dia pula kena pergi bank. Musim covid ni, SOP macam-macam so sangat menduga iman dan taqwa kami. Dua jam kami buang masa. Jika ditakdirkan kami mati ketika itu, mungkin darah kami darah syuhada kerana berjihad melawan nafsu!
Tapi, apa yang aku belajar hari ini adalah, tuhan nak ingatkan aku, betapa terernya kau, kau tetap tidak mampu mengatasi perancangan tuhan.
Tuhan boleh bagi masalah yang kecil dan mudah tetapi menjadi beban yang berat lagi keras. Tuhan boleh bagi masalah seberat 7 gunung ganang, tetapi tuhan boleh menjadikan beban masalah itu mudah dan ringan diuruskan.
Ingatlah, dunia bukan bukan utopia, bukan juga syurga. Pasti ada kurang dan lebihnya. Masalah sentiasa ada, wujudnya masalah untuk diselesaikan, bukan dielek atau lari dari masalah.
Kata Buya Hamka,
“Jangan takut gagal karena orang yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah.”