Dah ramai kawan-kawan tanya aku tentang keletah seoran pendakwah ni. Tempoh hari kawan aku cerita, yang dia nak invite pendakwah itu untuk bagi talk dekat sekolah lama dia atas jemputan alumni sekolah. Dia ngadu dekat aku kenapa pendakwah itu charge mahal sangat, alumni dia tak mampu.
Aku tersenyum, aku jawab, itulah business dia. Buat talk. Kalau kau nak free, panggil aku je bagi talk. Setakat 6 points sifat sahabat yang Jemaah Tabligh (JT) guna tu, aku boleh syarah panjang lebar. Cakap tentang segalanya positif. Biar dunia ini seakan utopia.
Anyway, pertama kali aku dengar talk pendakwah itu di TV, aku terus tau dia bukan ustaz. Dia takda ilmu agama yang baik. Itu fakta. Aku terus tahu dia ni karkun. Apa itu karkun, karkun itu maksudnya pendakwah. Terma yang digunakan oleh JT. Macam mana aku tahu dia karkun, segala yang dia cakap dan sampaikan, semua itu adalah content JT.
Bila aku sembang-sembang dengan kawan-kawan, aku cakap pendakwah itu telah berjaya mengkomersialkan content-content JT dan dia berjaya buat duit dengan itu. Kalau korang nak dengar content-content macam tu secara percuma bahkan jauh lebih baik, korang ikutlah khuruj 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Korang boleh cari kebenaran tentang JT sambil-sambil.
Sampai hari ini, aku tak setuju penggunaan gelaran ustaz sewenang-wenangnya. Artis taubat, jadi ustaz. Lebai anti-riba jadi ustaz. Bomoh pandai jampi ruqyah jadi ustaz. Maka meriahlah dunia Melayu dengan ustaz-ustaz sampah dan tiada kualiti. Dunia Melayu ini pula memberi authority dan kepercayaan terhadap gelaran ustaz. Maka sangat bahaya dibiarkan penggunaannya tanpa kawalan.
Aku juga hairan kenapa pendakwah itu juga mahu menggunakan gelaran ustaz. Walhal dia sendiri tahu dan aku pasti dia sedar, dia bukanlah seorang ustaz, dia tidak ‘alim. Dia ialah da’i. Dia bukan ustaz. Dari bacaan ayat-ayat quran yang tidak betul makhrajnya, cara dia beristidlal dan yang paling utama kesalahannya yang fatal menunjukkan betapa tempangnya dia dalam hal syariat. Atas sebab itu, aku tidak menggunakan gelaran ustaz ke atas dirinya.
Aku masih teringat 1 event yang viral suatu ketika dulu, dikendalikan pendakwah itu yang menyuruh suami isteri mengaku dosa masing-masing secara public. Menangis-menangis seakan drama live. Walhal perkara tersebut adalah mungkar yang dilarang syariat. Dari situ, aku lihat betapa pendakwah itu benar-benar melakukan kesalahan yang fatal. Aku percaya ia dilakukan di atas kejahilannya.
Aku memang bangga dan kagum di atas kejayaan dia berjaya membawa imej karkun dan content JT masuk ke arus perdana. Aku pasti dan pasti, dia juga tahu yang para masyaikh JT tidak suka akan hal ini. Apa niat sebenarnya. Wallahu’alam. Hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui.
Ketika PKP tempoh hari, dia begitu aktif memberi sumbangan. Dibawannya cameraman dan melanggar SOP ketika itu. Tindakan dia telah dikritik oleh sebahagian agamawan dan netizen. Pada aku mudah, kalau benar mahu bagi sumbangan ketika ada SOP PKP yang ketat, boleh saja hantar duit. Tak perlu bawa camera bagai. Boleh call, order online atau hantar runner. Itu pandangan aku lah. Tak perlu pun ke sana dan ke mari.
Pengalaman aku terlibat dengan gelandangan, anak-anak yatim dan asnaf, aku tidak pernah setuju menjadikan mereka objek fotografi atau videografi. Pada aku, mereka manusia yang juga ada maruah dan harga diri. Mereka bukan haiwan safari. Aku sama sekali tidak pernah bersetuju dengan menjadikan asnaf atau orang susah sebagai platform marketing. Mereka bukan bahan marketing, mereka itu pemilik hak dalam rezeki yang Allah berikan kepada kita semua.
Aku percaya, pendakwah itu pasti boleh memberikan justifikasi yang baik tentang apa yang dia buat seperti nak memberi galakan kepada orang lain atau menunjukkan kepada funder-funder dia, yang amanah mereka telah disampaikan. Apa jua niat dan justifikasinya, wallahu’alam..
Baru-baru ini pula, sedikit salah faham di UPSI telah berlaku. Aku tak ambil port apa masalah sebenar. Tetapi, aku kira cara pendakwah itu memohon maaf adalah sangat tidak wajar. Tindakan itu telah mengakibatkan pihak lain dicaci dan dihina. Adakah itu manhaj kasih sayang yang dibawanya selama ini?
Dengan populariti dan pengaruh yang dia ada, sedikit ruangan syaitan dibuka, maka gegak gempitalah netizen mengecam pihak satu lagi. Bukankah manhaj kasih sayang sepatutnya menutup ruangan mafsadah dan dibuka hanya ruangan maslahah?
Aku faham itu cara dia melakukan marketing untuk perniagaan dia. Aku tidak tahu sampai bila dia sanggup buat self branding, berposing di depan kamera, makan mi segera dan biskut, dengan isteri dan keluarga, kemudian diupload dengan caption yang baik-baik. Aku rasa, suatu hari nanti dia pasti akan penat melakukan perkara tersebut. Kerana kehidupan dia juga tidak sempurna, dia hanya manusia biasa. Bukan Nabi yang sempurna.
Aku percaya dia orang baik. Orang baik-baik dan nakkan kebaikan. Aku harap dia ikhlas dalam menjalankan aktiviti dakwah berkamera. Aku doakan segala kebaikan buat dia. Dia tidak maksum, kesalahannya adalah kesalahan. Mempertahankan kesalahannya adalah ciri ketaksuban membabi buta. Siapa yang boleh menghubunginya, sampaikan pandangan berbeza aku ini kepadanya.
Aku takut kalau-kalau dia telah terkena talbis iblis. Teringat aku tentang satu hadis yang berbunyi..
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: «إن أول الناس يُقضى يوم القيامة عليه رجُل اسْتُشْهِدَ، فأُتي به، فعرَّفه نِعمته، فعرَفَها، قال: فما عَمِلت فيها؟ قال: قَاتَلْتُ فيك حتى اسْتُشْهِدْتُ. قال: كَذبْتَ، ولكنك قَاتَلْتَ لأن يقال: جَرِيء! فقد قيل، ثم أُمِرَ به فَسُحِب على وجهه حتى أُلقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلمه، وقرأ القرآن، فأُتي به فعرَّفه نِعَمه فعرَفَها. قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلمته، وقرأت فيك القرآن، قال: كَذَبْتَ، ولكنك تعلمت ليقال: عالم! وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ؛ فقد قيل، ثم أُمِر به فَسُحِب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وَسَّعَ الله عليه، وأعطاه من أصناف المال، فأُتي به فعرَّفه نِعَمه، فعرَفَها. قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تُحِبُّ أن يُنْفَقَ فيها إلا أنفقت فيها لك. قال: كَذَبْتَ، ولكنك فعلت ليقال: جواد! فقد قيل، ثم أُمِر به فَسُحِب على وجهه حتى ألقي في النار .
Abu Hurairah ra, sebagaimana diriwayatkan Muslim dan Ahmad, berkata bahawa Nabi Saw bersabda:
Sesungguhnya orang pertama yang akan diputuskan pada hari kiamat kelak ialah seorang yang mati syahid. Maka, dihadapkan kepada Allah dan diingatkan kepadanya akan nikmat-nikmat yang telah diberikan kepadanya, dan hal itu diakuinya. Kemudian ditanya oleh Allah,
”Lalu, apakah amalanmu dalam nikmat itu?”
Jawabnya, ”Aku telah berperang untuk-Mu hingga mati syahid.”
Maka Allah berfirman:
”Kamu berdusta, sebenar kamu berperang untuk dikenal sebagai pahlawan yang gagah berani.”
Lalu dia diseret oleh malaikat dan diperintahkan untuk dilempar ke dalam neraka.
Yang kedua dihadapkan kepada Allah ialah orang yang belajar ilmu agama dan mengajarkannya, serta pandai membaca Al-quran. Maka diberitakan tentang nikmat-nikmat yang telah dia peroleh dan dia mengakuinya. Lalu dia ditanya:
”Lalu, apakah amalanmu di dalamnya?”
Jawab orang itu:
”Aku telah belajar ilmu untuk-Mu dan mengajarkannya, serta membaca Al-quran untuk-Mu.”
Allah berfirman: ”Kamu berdusta, sebenarnya engkau belajar ilmu agar mendapat gelaran alim, membaca Al-quran agar mendapat gelar qari, dan engkau sudah menikmatinya di dunia.”
Kemudian diperintahkan kepada malaikat untuk mencampakkannya ke dalam neraka.
Orang yang ketiga dihadapkan kepada Allah ialah yang diluaskan rezekinya dan diberi oleh Allah berbagai kekayaan. Maka diberitakan kepadanya tentang nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepadanya, dan dia mengakuinya. Lalu dia ditanya:
”Lantas, apakah amalanmu di dalamnya?”
Jawab orang itu:
”Tiada suatu jalan pun yang Engkau perintahkan mendermakan harta di dalamnya, melainkan telah saya dermakan harta di dalamnya untuk-Mu.”
Jawab Allah: ”Kamu berdusta, sebenarnya engkau mendermakan harta itu agar disebut dermawan, dan telah dikenal sedemikian di dunia.”
Maka Allah kemudian memerintahkan malaikatnya untuk melemparkan orang itu ke dalam neraka.
Kisah dalam hadis di atas menunjukkan betapa umat manusia mengagumi 3 orang di atas, bercakap baik tentang mereka, tetapi akhirnya tetap diheret dan dicampak ke neraka kerana sebenarnya mereka tidak ikhlas.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan mukhlisin.