SYAITAN PUNYA PENGALAMAN SEJAK DARI ZAMAN NABI ADAM!

S

Pengalaman syaitan menyesatkan manusia bukan baru sehari, setahun atau 1 abad. Pengalaman syaitan bukan sekadar berjaya memperdayakan Nabi Adam A.S, bahkan menyesatkan anak dan isteri Nabi juga. Seperti anak Nabi Nuh A.S dan isteri Nabi Luth A.S.

Jadi apalah sangat syaitan nak memperdayakan dan menyesatkan ulama’, ahli ibadah dan ahli Quran. Siapa wali-wali, kiyai-kiyai, lebai-lebai, ustaz-ustaz, dan da’i-da’i selebriti jika nak dibandingkan dengan Nabi?

Matlamat syaitan mudah. Dia mahu pastikan seramai manusia menemaninya di neraka kelak. Dalam Quran, Allah telah mencela ulama’ dengan menyamakan mereka dengan anjing.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Begitulah Allah mencela para ulama’ yang telah ditipu dan disesatkan syaitan dengan menyamakan mereka dengan anjing. Inilah bukti kejayaan syaitan dalam dalam menipudaya hatta terhadap mereka yang bergelar ulama’. Ia telah disebut oleh Allah sebagai amaran dan ianya pasti berlaku dan akan berlaku.

Dalam beberapa hadis yang sahih terdapat beberapa kisah tentang orang yang soleh ditipu syaitan. Kisah ini amat popular. Namanya dalam riwayat Israiliyat ialah Barsisa, seorang ahli ibadah yang soleh dan terkenal di tempatnya. Daripada seorang ahli ibadah, dia menjadi penzina, kemudian pembunuh dan akhirnya mati kufur.

Begitu juga dengan kisah seorang pemuda yang berjihad bersama Nabi dan para sahabat sehingga syahid. Para sahabat mengatakan dia syahid. Tapi Nabi kata dia mati kufur. Kerana dia telah ditipu syaitan, berperang bukan kerana Allah, kerana diri sendiri dan akhirnya dia bunuh diri. Keluar berjihad dengan Nabi tau!

Begitu juga hadis 3 orang yang dicampakkan ke dalam neraka kerana tidak ikhlas. Dermawan, mujahidin dan ulama’ sebagaimana yang tercatat dalam hadis yang sahih.

Lihatlah, betapa berpengalaman, licik dan bijaknya syaitan ini. Dia boleh menyesatkan kita semua dalam apa jua keadaan hatta dalam amal soleh. Pengalaman sejak Adam lahir sudah diwarisi turun temurun oleh syaitan.

Kata seorang da’i lagenda,

“Syaitan ini menyesatkan kita dengan apa yang kita suka sebenarnya. Kalau kita tak suka kereta, dia tak sesatkan kita dengan kereta. Tapi, kalau kita suka kereta, dia buat kita lalai dengan kereta.”

“Hatta, dalam amal kebaikan. Ulama’ juga ditipu syaitan dengan ilmu. Da’i ditipu syaitan dalam dakwahnya. Orang soleh ditipu syaitan dalam ibadahnya. Orang kaya ditipu syaitan dengan kekayaannya.”

“Ulama’ yang tidak tawadhuk, sesat dalam ilmunya. Da’i yang mengejar populariti, sesat dengan kamera dan fotonya. Orang soleh yang tidak ikhlas, sesat dalam bidaah, begitu juga sang dermawan menderma dengan majlis besar-besarkan.

“Sebab itu, masyaikh Jemaah Tabligh tak benarkan aktiviti dakwah dirakam, divideokan. Bayan mereka dikomersialkan. Masjid kita (Sri Petaling) takda tabung, dakwah kita hanya kita dengan Allah, derma kita hanya kita dengan Allah. Kerana mereka takut ditipu syaitan. Ingat, syaitan ini bukan baru kenal manusia..”

Maka, janganlah kita taksub sangat dengan orang yang berwajah agama, bercakap agama, dan menunggang agama. Bak kata sahabat aku,

“diorang tu semua cari makan je bro!”

Wallahu’alam..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.