KULIAH ZOHOR – KHABBAB : IKON SEBENAR UMMAH

K

Umar bin Khattab RA pernah meminta Khabbab menceritakan kembali bagaimana penderitaannya dahulu pada permulaan menerima Islam kepada generai baru Islam.

Khabbab menjawab,

“Lihatlah belakangku ini!”

Umar pun melihat belakangnya. Setelah melihatnya, beliau berkata,

“Saya belum pernah melihat belakang badan manusia seperti ini.”

Khabbab RA meneruskan, “Saya telah diseret di atas timbunan bara api yang menyala, sampai lemak dan darah yang mengalir dari belakang saya telah memadamkan api tersebut.”

Setelah Islam berjaya dan pintu-pintu kemenangan telah banyak diraih, Khabbab berkata,

“Nampaknya Allah SWT telah membalas penderitaan kita. Saya khuatir ini hanya di dunia dan di akhirat nanti kita tidak mendapatkan balasan apa pun.”

Khabbab berkata: Kami telah mengadu kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. Kami berkata: Tidakkah Baginda SAW memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda SAW berdoa kepada kami?. Lalu Baginda SAW bersabda:

‎قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)”.

[Riwayat al-Bukhari (6943)]

Di dalam hadith ini, Nabi SAW menceritakan kepada para sahabat bahawa sebelum daripada mereka terdapat golongan yang diazab dan diseksa lebih teruk daripada mereka. Akan tetapi mereka tetap bersabar dengan ujian ini dan mereka sesekali tidak berpaling daripada agama ini. Oleh sebab itu, Nabi SAW menggambarkan orang yang sabar dengan berpegang dengan agamanya adalah seperti seorang yang menggenggam bara api. Ini disebutkan di dalam Jami’ al-Tirmizi:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:

‎يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. [Riwayat al-Tirmizi (2260)] [Hadith ini sahih dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya]

Telah berkata Mulla al-Qari’:

“Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi”.

[Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6:444]

Dikatakan kecedaraan Khabbab kerana mempertahankan iman adalah yang paling teruk dan dahsyat di kalangan para sahabat yang masih hidup.

Semoga Allah merahmati Khabbab al-Arat radhiyallahu anhu. Beliaulah salah seorang bintang dalam bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk kepada ummah. Beliaulah ikon umat Islam sebenar.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.