UMAR al-KHATTAB : PENDAKWAH TANPA KAMERA YANG DITAKUTI SYAITAN!

U

Siapa Umar?

Siapa Umar bin Khattab? Beliaulah diantara bintang-bintang yang Nabi pernah sebut. Beliau, radiyallahu anhu mendapat janji Nabi sallallahu alaihi wassallam ke syurga ketika dia masih hidup lagi.

Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Kubra oleh Imam Al-Nasa’i.

Beliau berkata :

‎أخبرنا محمد بن المثنى قال أنا يحيى بن سعيد قال أنا صدقة بن المثنى قال حدثني جدي رباح بن الحارث أن سعيد بن زيد قال اشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم بما سمعت أذناي ووعاه قلبي وإني لم أكن لاروي عليه كذبا يسألني عنه إذا لقيته أنه قال أبو بكر في الجنة وعمر في الجنة وعلي في الجنة وعثمان في الجنة وطلحة والزبير في الجنة وعبد الرحمن بن عوف في الجنة وسعد بن مالك في الجنة وتاسع المؤمنين لو شئت أن أسميه لسميته فرج أهل المسجد يناشدونه يا صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم من التاسع قال ناشدتموني بالله العظيم أنا تاسع المؤمنين ورسول الله صلى الله عليه وسلم العاشر أبو عبيدة بن ‎الجراح رضي الله تعالى عنه

Maksudnya : “ Muhammad Bin Al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Yahya Bin Sa’id mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata: Sadaqah Bin Al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Datuk aku, Rabah Bin Al-Harith menceritakan bahawa Sa’id Bin Zaid berkata : Aku bersaksi atas nama Rasulullah SAW yang mana aku dengar dengan kedua telingaku dan aku peliharanya dengan hatiku. Aku tidak akan meriwayatkan benda yang bohong. Nabi SAW bersabda : Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Ali di syurga, Uthman di syurga, Talhah di syurga, Zubair di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf di syurga dan Sa’ad Bin Malik di syurga. Dan orang yang kesembilan jika kalian mahu akan aku namakan. Lalu kesemua orang yang berada di masjid memintanya menamakan orang yang kesembilan. Mereka berkata : wahai sahabat Rasulullah, siapakab orang yang kesembilan?. Sa’id berkata : Demi Allah, akulah orang yang kesembilan dan orang yang kesepuluh adalah Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah.”

(Riwayat Abu Daud (8193) di dalam Al-Sunan Al-Kubra)

Umar juga hidup di kurun yang mulia yang disebut Nabi.

Kata Nabi SAW,

‎خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.”

[Riwayat al-Bukhari (3651)]

Kata para ulama,

“Sahabat-sahabat Nabi bagaikan bintang-bintang di langit, ikutlah salah satu, pastu kita takkan tersesar jalan..”

Bahkan, Nabi SAW sendiri telah mengarahkan kita untuk mengikut Umar.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

‎اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya: “Ikutlah kalian dengan dua orang selepasku iaitu Abu Bakr dan Umar.”

(Riwayat Imam Ahmad (23245))

Begitu juga sabda Nabi SAW menyuruh kita gigit dengan gigi geraham sunnah Umar :‎

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

Maksudnya: “Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.”

(al-Tirmizi (3662)al-Hakim (4516) dan al-Baihaqi (10056))

Dalam sebuah hadis yang panjang dalam riwayat Tirmidzi, Nabi telah menyebut,

“Wahai Ibnul al-Khattab, demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman tanganNya, sesungguhnya tidaklah syaitan menemuimu sedang berjalan di suatu jalan kecuali dia akan mencari jalan lain yang tidak engkau lalui.” Sedangkan dalam hadis lain Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sungguh aku melihat syaitan dari kalangan manusia dan jin lari dari ‘Umar.” (HR. Tirmidzi)

Maka dapat kita ketahui, Umar al-Khattab ini tidak mampu didekati syaitan.

Selain Umar juga ialah ahli Badar yang dijanjikan syurga, juga ahli Uhud yang punya kelebihan. Sampai Nabi telah menyebut,‎

لو كان من بعدي نبي لكان عمر بن الخطاب

Jika setelahKu ada Nabi maka ia adalah Umar bin Khattab”. [Musnad Ahmad tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth 4/154 no 17441]

Cukuplah aku sudah meletakkan beberapa pujian-pujian dan janji-janji Allah dan Rasul terhadap Umar al-Khattab. Aku kira, tiada manusia lain yang masih hidup di atas muka bumi ini yang mampu menyaingi Umar setelah Abu Bakr ra.Maka, aku percaya sunnah dan perbuatan Umar untuk agama adalah yang terbaik dan yang paling menepati kehendak agama.

——- Part ke-2——-

Dalam menelusuri riwayat hidup Umar al-Khattab, pasti kita semua pernah terdengar kisah-kisah Umar al-Khattab yang sangat hebat. Antaranya :

1. Kisah gaji Umar

Boleh rujuk di sini.

https://www.facebook.com/581817132303470/posts/789793994839115/?d=n

2. Kisah Umar dengan wanita yang memasak batu

Kisah yang sangat popular. Umar yang sedang meronda-ronda malam, terlihat seorang wanita bersama anak-anaknya yang sedang menangis.

Wanita itu mengecam Umar kerana tidak melihat rakyat di bawah. Setelah Umar mengetahui yang anak-anak wanita itu sedang kelaparan, manakala wanita itu hanya memasak batu-batu untuk memperdaya anak-anaknya supaya tertidur. Umar segera bergegas ke Baitulmal untuk mendapatkan makanan buat mereka sekeluarga.

Kerana Umar bin Khattab terlihat keletihan, Aslam berkata,

“Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku saja yang memikul karung itu.

”Dengan wajah merah padam, Umar menjawab, “Aslam, jangan jerumuskan aku ke dalam neraka. Engkau akan menggantikan aku memikul beban ini, apakah kau kira engkau akan samggup memikul beban ini di bahu engkau di hari pembalasan kelak?”

Aslam tertunduk. Dia masih berdiri mematung, ketika sedaya upaya Khalifah Umar bin Khattab yang sudah tua berjuang memikul karung gandum menuju ke tempat wanita dan anak-anaknya yang sedang kelaparan. Ketika sampai di tempat wanita tersebut, khalifah Umar meletakkan karung berisi gandum dan beberapa liter minyak samin ke tanah, kemudian memasaknya.

Aslam yang meriwayatkan kisah ini berkata,

“Aku melihat Umar membongkokkan dirinya untuk meniup api di bawah dapur kayu, dan aku melihat asap menerpa jenggotnya.”

Tatkala gandum tersebut sudah masak Khalifah Umar meminta sang ibu membangunkan anak-anaknya.

“Bangunkanlah anak-anakmu untuk makan.”

Anak-anak yang kelaparan tersebut bangun dan makan dengan lahapnya. Umar dan Aslam pun tetap disana sampai anak tersebut kembali tertidur dengan perut yang telah kenyang.

Ibu itu berkata, “Terima kasih, semoga Allah membalas perbuatanmu dengan pahala yang berlipat. Kau lebih berhak menjadi khalifah daripada Umar bin Khattab!”

Aslam yang ingin memberitahu yang lelaki itu ialah khalifah Umar lantas dihalang Umar dengan kata-kata,

“Jangan berkata kecuali yang baik, dan jika pada suatu hari kau menemui khalifah, maka kau akan menemukanku disana.” jawab Umar.

Di saat wanita itu ke Madinah, barulah wanita itu tahu yang lelaki tua yang memikul gandum, menghidupkan api, memasak dan menghidangkan makanan malam tersebut ialah Umar bin Khattab.

Disebutkan dalam riwayat yang Umar ketika jadi khalifah makin kurus kerana tidak makan kerana risaukan rakyat di bawah pemerintahannya masih ada yang kelaparan. Begitulah Umar!

Terdapat banyak lagi kisah-kisah Umar yang diriwayatkan dalam banyak kitab-kitab tawarikh, ansab dan musannafat. Jika dikaji riwayat-riwayat tersebut dikeluarkan dan diceritakan selepas kewafatan Umar!

——Part 3——

Aku telah melakukan banyak rujukan tentang riwayat-riwayat kehebatan Umar, aku dapati ia hanya melalui jalan tabi’in atau sahabat kecil sahaja. Tidak melalui jalan sahabat senior. Maka amat jelas kisah Umar ini tidak popular atau mungkin tidak diketahui oleh para sahabat senior atau ketika Umar masih hidup.

Kisah itu diceritakan oleh mereka yang ikut Umar ketika kejadian tersebut berlaku. Sudah pasti mereka tidak berani menceritakan kisah tersebut di saat Umar masih hidup kerana mengenali sifat Umar yang sangat tawadhu’.

Tetapi hari ini muncul ramai manusia yang suka menunjuk-nunjukkan kebaikan mereka kepada umum. Membawa jurukamera, media, dan diumumkan di dalam media sosial kebaikannya.

Entahlah..

Kata para ulama’,‎

لَوْ كَانَ خَيرْاً لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ

“Seandainya amalan tersebut baik, sudah tentu mereka (para sahabat) sudah mendahului kita untuk melakukannya.”

Kalau hendak diumumkan dan disyiarkan, sudah pasti Umar lebih layak. Syaitan pun takut dengan dia, bahkan Umar ialah ahli Badar yang dosanya telah diampunkan sebelum dan selepasnya. Bahkan Umar juga sudah dijamin syurga.

Tetapi kenapa Umar tidak melakukannya?

Aku bersama mazhab Umar al-Khattab, korang pula ikut mazhab siapa?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.