Uwais al-Qarni, pemuda yang terkenal di langit, tidak di bumi.

U

Tadi sahabat aku bercerita tentang nak jadi popular dan bagaimana orang lain lakukan untuk jadi popular. Dia bagitahu yang kena nampak profesional, kena pakai coat, kena sarung tie, kena hire photographer untuk nampak cool.

Aku teringat tentang sebuah kisah dalam hadis Muslim. Tentang seorang pemuda biasa, sangat biasa, tetapi doanya mustajab. Sehingga Nabi SAW mewasiatkan kepada para sahabat, jika bertemu dengan pemuda tersebut, minta dia doakan.

Rasulullah SAW bersabda:

‎يَأْتِى عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلاَّ مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ

Maksudnya: “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Dia menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia berdoa kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.”

Riwayat Muslim (2542)

Maka, para sahabat menunggu kedatangan Uwais termasuk termasuk Umar al-Khattab RA yang telah dijanjikan syurga. Umar akhirnya berjaya berjumpa dengan Uwais ketika musim haji di zaman Umar menjadi khalifah. Umar telah meminta Uwais meminta keampunan untuknya sebagaimana yang disarankan Nabi.

Setelah itu, seorang demi seorang sahabat Nabi datang meminta Uwais mendoakan mereka. Nama Uwais makin popular dan dia akhirnya, menghilangkan diri. Dia tidak mahukan populariti. Dia tidak suka kemahsyuran. Walhal dialah pemuda yang Nabi sebut tentang doanya yang sangat mustajab.

Ketika Umar mahu menulis surat kepada gabenor Kufah untuk memberikan laluan istimewa kepada Uwais, dia menjawab,

“Aku lebih suka menjadi orang yang lemah (miskin).

”Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya tabi’in yang terbaik ialah seorang lelaki yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu dan dahulu dia berpenyakit kulit (tubuhnya ada putih-putih). Suruhlah dia untuk memohon ampun untuk kamu semua.”

Riwayat Muslim (2542)

Apakah kelebihan Uwais ini sehingga dia diangkat sedemikian rupa?

Kata para ulama’, Uwais sangat berbakti kepada ibunya yang sudah tua tanpa sedikit pun rasa kesal. Bahkan dalam kemiskinan juga dia tetap bersyukur tanpa ada rasa sekelumit kekurangan. Apabila kemahsyuran sampai kepadanya, dia memilih untuk meninggalkan kemahsyuran tersebut.

Diceritakan bahawa Uwais memikul ibunya yang telah uzur berjalan kaki dari Yaman ke Mekah untuk menunaikan permintaan ibunya bagi menunaikan haji. Jarak Yaman dan Mekah adalah lebih kurang 1000km. Begitulah jiwa seorang pemuda yang doanya mustajab.

Imam al-Zahabi menyebut: “Uwais al-Qarni ialah seorang contoh tauladan yang zuhud, penghulu para tabi’in di zamannya, termasuk di antara wali-wali Allah yang soleh lagi bertaqwa dan hamba-hambanya yang ikhlas.”

(Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 4/19)

Kau nak jadi popular macam siapa?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.