SUATU HARI YANG INDAH..

S

Ada bingai mana entah tag aku dekat wall Recond. Baik betul diorang ngumpat aku dan SCRUT. Aku cuma nak komen sikit je. Sikit je.

1. Wall sana bukan wall aku, bukan wall SCRUT. Nak maki aku ke, maki SCRUT ke kau dah salah alamat.

2. Gang politaik yang tak boleh dicuit parti sembahannya macam wall orang lain tu dia punya. Suka hatilah orang lain nak tulis apa kat wall dia. Kau tak suka, jangan baca, jangan follow, boleh block.

3. Kalau dah tak suka, bukan susah. Blah jela. Bukan ada orang paksa kau guna SCRUT atau follow aku. Dunia kau jadi lagi best dengan kewujudan aku dalam hidup kau?

4. Bubuh ayat Quran bagai, tapi ngumpat macam Quran dia bagi ngumpat macam tu. Mungkin Quran versi diorang ni rare sket la kot. Mushaf walaun?

5. Jangan tag aku dekat wall orang. Biarlah diorang nak maki aku ke, kutuk aku ke. Itu life diorang, cara diorang. Nak kata aku miskin ke, tin kosong ke, apa ke. Siap kata aku cam Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah? Kah kah kah. Pun takpa. Apa adahal.

Aku dah lama faham dan sedar manusia di sosial media ni memang itulah cara mereka voice up kebodohan mereka.

Biasalah, nak cakap depan-depan tak mampu dan tak berani. Nak tulis dekat wall sendiri takda perhatian, menempeklah kat wall orang untuk maki orang yang dia sendiri tak kenal yang dia tak suka.

Padahal dekat rumah, bini dia maki hari-hari. Itulah cara dia melepaskan stress jadi manusia TB yang tiada harga diri.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.