DEBAT, DISKUSI ATAU INTEROGASI (DDI) DUNIA SAHAM?

D

Kita biasa menonton DDI politik, DDI masalah agama dan DDI dalam dunia sains. Ia sangat baik untuk sebuah wacana yang menyihatkan minda.

Masing-masing akan cuba menegakkan hujah dan idea masing-masing menelusuri fakta-fakta dan data-data yang mereka pegang.

Di Malaysia, kan ramai guru-guru dan sifu-sifu saham yang ada method, teknik dan sistem mereka yang tersendiri. Mengapa tidak diDDIkan kepada umum agar kita masyarakat dapat menilai dan memilih guru atau sifu yang kita rasa dia tidak menipu.

Yang menipu, yang sembang kencang pasti akan terciduk di hadapan umum jika dia memang scammer saham, bukan guru saham yang benar-benar buat duit dengan trading saham.

Kalau lepas ujian DDI ini barulah boleh mendabik dada mengaku sifu. Nak charge mahal mana pun tiada masalah. Sebab dia dah proven. Dia boleh bagi apa yang diminta ketika DDI berlangsung.

Aku teringat kisah Imam Bukhari yang dihalang oleh 10 ulama’ hadith di Baghdad, diuji sebelum dibenarkan masuk mengajar di Baghdad. Itulah budaya Islam, budaya DDI, budaya menguji integriti ilmu.

Sifu saham? Siapa yang uji dia? Apa yang dia boleh tunjukkan untuk membuktikan dia trading memang bikin duit, bukan buat duit dengan kelas. Atau buat duit dengan komisen dan referral dari broker atau fund management company.

Betapa ramai orang yang telah diberikan harapan konon dengan saham boleh buat dia kaya dan mengubah nasib mereka. Akhirnya mereka tersontot di pintu narakka.

Setakat ni offer untuk aku buat backtesting terhadap mana-mana sifu-sifu dan guru-guru saham tiada satu pun yang berani. Kecut masing-masing nak sahut. Yang mereka berani hanya menyalak dari jauh.

Mereka juga takkan berani berdebat sesama sendiri kan? Yelah, sama-sama kikis duit masyarakat dengan kelas dan komisen.

Kan?

Siapa berani? Boleh PM aku. Kalau ada sesiapa yang join kelas atau webinar berbayar oleh sifu-sifu ni, rekod lah. Tunjuk dekat aku, aku boleh buat komentar. Kalau ada sesiapa yang beli screener pun boleh bagi dekat aku. Aku boleh follow dan backtest.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.