Ada orang cakap aku main cakap kosong. Bawah ni surat kelulusan yang aku pernah terima dulu. Jadi, aku pernah jadi orang industri dulu.
Company tu pun dah tukar nama skang. Buat benda lain dah. Apasal tak boleh nak teruskan? Banyak birokrasi yang menyebabkan aku give up.
Masa tu aku dah semangat nak buka slaughter house paling canggih di Malaysia. Partner-partner di Australia dah ready. Aku juga ada minta nak bawa daging beku dari Australia dari slaughter house milik kawan aku di Victoria.
Macam-macam diorang minta, especially JAKIM. Rupanya walaupun ada surat macam ni pun aku kena melalui roadblock birokrasi yang pelbagai yang akhirnya merencat idea anak muda seperti kami.
Kami akhirnya decide untuk stop. Kami bukannya dapat softloan macam NFC nak buat benda alah daging ni. Kami think big start small. Yelah, bisnes daging ni dah ada cartel dan big boys yang control kan..
Takpalah, Allah tetap memberi rezeki melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah, aku tak perlu pergi menjilat dan merasuah sesiapa pun.