KISAH COP HALAL DI LUAR NEGARA

K

Ketika aku di Australia, awal-awal dulu, aku bersama penduduk local Muslim yang sangat wara’. Mereka juga sangat syadid dalam bab fiqh. Mereka hanya makan haiwan yang disembelih dengan tangan. Mereka panggil “hand kill”. Mereka juga menolak amalan “stunt” sebelum sembelih.

Di Australia, seluruh rumah sembelih kambing, lembu, unta dan kangaroo menyembelih menggunakan tangan dan pisau. Kecuali ayam. Ayam, mereka menggunakan kaedah machine kill. Sedikit khilaf tentang hal machine kill ni. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Di Australia dan negara-negara bukan Islam, tiada organisasi milik kerajaan seperti JAKIM. Maka organisasi yang mengeluarkan sijil halal sangat banyak. Ada AFIC, ada ICCV, HCA, GHAC, SICHMA dan banyak lagi. JAKIM tidak mengiktiraf kesemuanya. Ada yang JAKIM pernah bagi dan tarik balik. Jadi, adakah apabila JAKIM tidak bagi, maka jadi tidak halal?

TIDAK! Tidak sama sekali. Ingat, usul fiqhnya adalah asal sesuatu perkara muamalat adalah harus melainkan dibuktikan sebaliknya. Maka balik kepada hukum asalnya adalah harus. Jika hendak diharamkan, wajib dibuktikan.

Aku nak cerita sikit pasal masalah Melayu di Australia. Dulu ada satu kumpulan posgrad, orang pandai-pandai, tapi bodoh agama. Suka cakap pandai. Maklumlah, ramai senior lecturer, assoc. prof dan mantan dekan. Mereka mengecam aku kerana katanya aku liberal bab makanan. Mereka memegang pandangan hanya cop halal AFIC dan ICCV saja yang halal kerana JAKIM iktiraf mereka.

Malangnya pada tahun itu juga JAKIM menarik pengikritafan 2 organisasi terbabit. Ketika itu habislah aku nganjing posgrad-posgrad yang bajet pandai tu tentang kehalalan daging-daging mereka. AFIC pula sudah tidak kisah dengan JAKIM dek kerana perangai JAKIM yang macam-macam menurut seorang sahabat yang bersama AFIC.

Setiap organisasi halal ada syaikh mereka sendiri, ada sop mereka, dan cara mereka menurut mazhab mereka. Paling penting, semua collect duit. Ya, business yang bagus. Bila aku lihat cop-cop halal dalam foto di bawah, hampir semua aku pernah nampak ketika aku berkelana di luar negara. Mereka adalah badan atau organisasi halal yang wujud di negara mereka.

Sepatutnya pihak berkuasa perlu jelaskan dengan detail. Bukan dibiarkan masyarakat mencipta persepsi dengan dimensi sendiri.

Wallahu’alam..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.