BENARKAH DAGING KELUARAN ALLANA TIDAK HALAL?

B

Aku kira ia satu tuduhan yang sangat berat. Allana adalah syarikat yang membekalkan daging kerbau antara terbesar di dunia dari India. Ia syarikat yang dimiliki oleh keluarga Muslim.

Segala daging beku yang digunakan di kedai tomyam, burger daging Malaysia, catering kahwin, dan restoran Melayu kebanyakannya adalah daging kerbau keluaran Allana. Pergilah lihat dan check.

Tuduhan seperti ini perlu dibuktikan. Jangan sampai ada pihak yang dizalimi. Mungkin ada pihak yang menggunakan kotak atau jenama mereka secara haram. Persepsi begini tidaklah baik.

Kita berbalik semula kepada kaedah yang telah disepakati para ulama’, berkata Imam Ibn Al-Munzir dalam ulasan beliau terhadap kaedah di atas menyebutkan :
أَجْمَعَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ
Maksudnya : Para ahli ilmu telah berijma’ bahawa bukti itu ke atas mereka yang mendakwa, dan sumpah itu ke atas mereka yang didakwa.

Rujuk Al-Ijma’, Ibn Al-Munzir (Hlm. 65).Rujuk : https://www.allana.com/our-heritage/

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.