ADAKAH ATOMY HARAM?

A

Ramai pula tanya aku pasal Atomy ni. Aku tau Atomy ni dari Afyan Mat Rawi. Aku kira dia dah masyuk jugalah dengan Atomy sebab ramai downline rasanya, siap boleh bayar zakat lagi sebab income Atomy.

Selain Afyan, Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Muhaya dan Dr. Asmadi juga antara yang terlibat katanya. Atomy adalah syarikat dari Korea dan dimiliki 100% oleh syarikat Korea. Barangan yang dijual kebanyakannya dari Korea dan ia adalah sebuah syarikat yang menggunakan sistem MLM untuk tujuan marketing.

Aku SCRUT syarikat Atomy Malaysia dengan Interepo di www.interepo.com dan aku dapati memang benar ia milik 100% Korea, majoriti pengarah bukan Islam, dan ia sebuah syarikat yang rugi (baca : tida bayar cukai). Sila rujuk gambar di bawah. Jadi kalau korang pejuang BMF, Atomy bukan syarikat yang kau patut sokong. Barangan yang dijualnya pada aku bukanlah keperluan sangat pun. Boleh je dapat dekat tempat lain.

Tentang MLM pula, aku sudah mengulas pendirian aku tentang hal tersebut. Rujuk sini :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/388769782390207/?d=n

Asas muamalat dalam Islam adalah harus melainkan dibuktikan sebaliknya. Maka untuk mengatakan berurusan dengan Atomy adalah haram perlu dibuktikan apakah keharamannya.

‎الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

Jadi, apa isu dengan Atomy ni sebenarnya?

Isu yang ditembak sebenarnya adalah isu Atomy dengan terang-terangan mengaku memberi sumbangan kepada missionary Christian.

Jadi, adakah hukum bermuamalat dengan syarikat yang membantu agenda musuh Islam secara terang terangan? Perlu boikot ke?

Jawapannya adalah tetap HARUS.

Aku sejak dahulu lagi konsisten menolak apa-apa kempen boikot. Boikot produk Israel ke, boikot produk China ke, USA ke, semuanya aku tolak. Aku beranggapan boikot adalah projek pembodohan kerana pada aku ia hanyalah sebuah program yang “warm-warm chicken shit” dan tidak konsisten secara prinsip.

Apabila Israel lanyak Palestin, maka kempen boikot dijalankan. Adakah Israel terkesan? Israel makin mundur? Makin mengecil? Tidak. Begitu juga ketika USA membaham Afghanistan dan Iraq. China menindas Turkistan. Berapa lama dah kempen boikot ini dilaungkan? Sejak aku sekolah rendah lagi.

Ada kawan aku (budak usrah) gila boikot, tapi bila China didedahkan menindas orang Uyghur (Turkistan) dia taknak boikot China. Sebab dia ada business dengan China. Lawak betul abang usrah tu. Begitulah aku lihat jenaka umat Islam tentang boikot. Sangat tidak konsisten secara prinsip.

Jika boikot dianjurkan disebabkan solidariti atau usaha kita melawan musuh saudara seakidah kita yang ditindas, umpama burung kecil yang berusaha memadamkan api Namrud katanya, maka janganlah sekadar boikot Israel dan USA, China juga jangan dilupakan.

Bukan sekadar boikot product, juga ideologi. Bukan product je kau boikot, tapi terkinja-kinja kau nak berjalan ke Australia, UK dan USA, bagi FDI kepada mereka, sedangkan negara-negara tersebut terang-terang menghantar tentera membunuh umat Islam dan menceroboh negara umat Islam.

Walaubagaimana pun, bagi mereka yang percaya dengan program boikot-boikot ni, kau tak sepatutnya supportlah Atomy ni. Sebab terang benderang dah kenyataan dan pengakuan mereka menyokong agenda missionary. Kau kena konsisten bro! Mana boleh pilih bulu. Dekat tempat kau masyuk, kau taknak boikot, dekat tempat kau nak selfie duk oversea, kau kata tak perlu boikot.

Pada aku, Nabi SAW telah memberikan 1 petanda yang jelas tentang urusan muamalat dengan orang bukan Islam hatta kafir harbi. Di saat orang Yahudi mengkhianati Nabi, al-Quran mengecam mereka, banyak kali kaum Yahudi menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam serkam di Madinah, Nabi tetap bermuamalat dengan mereka sehingga akhir hayat Nabi.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah sallalahu alaihi wasallam telah wafat sedang baju perisainya tergadai dengan seorang Yahudi sebanyak tiga puluh gantang barli untuk keluarganya.” (HR Al-Nasaai)

Aisyah radiallahu anha pula meriwayatkan bahawa:
“Nabi sallalahu alaihi wasallam telah membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang.” (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Bukhari meletakkan 2 hadis di atas ini dalam “Bab Jual Beli Dengan Orang Musyrikin dan Golongan Kafir Harbi”. Apa maksud yang Imam Bukhari nak sampaikan? Takpa, biar pensyarah Kitab Sahih Bukhari yang terangkan.

Berkata Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah:
“Dibolehkan bermuamalah dengan orang kafir dalam hal-hal yang tidak sabit haramnya, dan rosaknya akidah kepercayaan mereka dan cara muamalah mereka sesama mereka tidak diambil kira dalam hal ini.” (Fathul Bari, 9/280)

Begitu juga kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
“Sekiranya seseorang itu pergi ke negara orang Kafir Harbi untuk membeli daripada sana, hal ini dibolehkan di sisi kami. Ini sebagaimana yang dapat difahami daripada perbuatan perniagaan Abu Bakar RA berniaga ke Tanah Syam semasa hidup Rasulullah sallalahu alaihi wasallam sedangkan ketika itu ia adalah negara Kafir Harbi, dan disamping hadis-hadis yang lain.” (Iqtidha’ Al-Siratal Mustaqim, 2/15)

Maka, ketahuilah yang aku bukan ahli Atomy mahupun leader Atomy. Aku hanyalah insan yang berpegang dengan prinsip aku yang akan bermuamalat dengan sesiapa sahaja hatta kafir harbi dalam urusan jual beli selagi aku mendapat manfaat dengan muamalat tersebut.

Atomy haram? Tidak. Awek Korea je haram sentuh kalau tak nikah. Orang kata awek Korea bau bawang betul ke? Sorrylah gang, ana tak pernah pergi Korea lagi..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.