POLIGAMI SCAM – PERJUANGAN YANG RASIONAL ATAU HANYA EMOSI?

P

Aku terlihat ada sekumpulan wanita yang beriya-iya memperjuangkan cara berpoligami yang menurut undang-undang katanya. Dalam masa yang sama, mereka seolah-olah dilihat seperti golongan anti-poligami.

Aku melihat dari 1 sudut lain iaitu, perkara yang mereka perjuangkan itu sebenarnya dilihat akan menyusahkan syariat poligami yang akhirnya akan menjadikan zina lebih mudah dari nikah. Juga, akhirnya suami yang tidak daiyus, akan mentalakkn isteri yang kecoh itu.

Ya, negara mempunyai undang-undang yang mana mengatakan nak berpoligami perlu minta izin dan naik mahkamah, mahkamah harus membenarkan, etc etc. Tapi, perlu diketahui itu semua hanyalah undang-undang dunia, bukanlah undang syariah yang diturunkan dari Allah melalui Quran dan Sunnah.

Jika disusahkan, mereka yang benar-benar nak nikah lagi ni, dia boleh nikah secara sirr, atau ke Thailand, ke luar negara. Pulang, dan bayar denda. Selagi rukun nikah cukup, ia sah dan mahkamah tidak ada kuasa untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Yang boleh, hanya denda.

Aku menyokong penuh usaha majlis agama negeri Perlis yang cuba memudahkan urusan poligami. Kerana mereka tahu, jika dihalang atau pun disusahkan, mereka akan ke seberang juga. Eloklah mereka daftar terus di Perlis. Nanti dapat anak pun tak nyusahkan diri dengan macam-macam karenah birokrasi.

Tentang masalah-masalah yang dibangkitkan seperti tipu dokumen keizinan, alamat, dan macam-macam lagi. Ia tidak dapat membatalkan nikah yang telah berlangsung. Juga tidak merosakkan rukun nikah.

Tipu adalah tipu. Berdosa kerana menipu. Jika salah, ia salah menurut undang-undang negeri/negara, yang boleh didenda dan dihukum. Jadi, gerakan poligami scam ni untuk apa? Untuk majal suami-suami yang nikah lagi di Malaysia dengan dokumen yang dipalsukan?

Kalau begitu, maka kembalilah kepada cara lama iaitu ke seberang, nikah secara sirr atau import tok kadi dari seberang. Kalau malas nikah, zina jela puas-puas. Sebab ada spisis bini yang ok laki dia zina. Yang penting bukan nikah. Kan?

Anyway, aku rasa isu ini hanyalah isu dendam dan amarah. Emosional yang tidak rasional. Pada aku, bila kau dah tak suka dengan perbuatan laki kau, tak suka laki kau, kau ada pilihan untuk minta cerai. Buat apa kau buat kecoh? Desperate sangat ke? Move on, you deserve better place.

Buat apa kau buat riuh sana sini, at the end perkara itu tidak akan jadi apa. Laki kau tetap dah nikah lain, dia memang nak nikah lagi, dia akan ceraikan kau kalau kau cam puaka dan dia tak TB. Kalau kau memang nak cerai, minta carai.

Kau nak kasitau dunia yang ayah anak-anak kau ni jahat, jahat sebab apa? Tipu dokumen sebab nak nikah lagi? Itu je? Nanti anak-anak bila besar pun trauma cam kau. Kau nak lahirkan anak-anak yang trama dan paranoia ke? Nanti si laki pula cerita dekat anak-anak, sebenarnya ayah camni, mak camni. Itulah punca peneceraian yang tidak sihat.

Mungkin ada akak-akak dan gadis-gadis di luar sana tak setuju dengan pandangan aku. Takpa. Tapi korang kena setuju yang poligami itu syariat, sama macam nikah dan talak. Korang kena terima kesemuanya. Kesemuanya ada exit way. Islam adil. Korang kena ingat, true love ni cerita hollywood je promote. Nikah is about acceptance. If takda acceptance, divorce. Get a new life. New acceptance.

Sebagaimana aku membantah sop-sop/undang-undang yang menyusahkan poligami, begitu juga aku mengecam sop-sop/undang-undang yang menyusahkan urusan penceraian. Poligami kena mudah, cerai pun kena mudah. Itu yang syariat ajar.

Aku dah syarah panjang lebar sebelum ni. Baca di sini.
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/385479136052605/?d=n

Bila kau dah rasa meluat dengan laki kau. Tak setuju dia nak nikah lagi. Dia dah nikah lagi. Tak payah emosi, raikan secara rasional dengan majlis penceraian yang cool! We agree to disagree dalam hidup. Sayang tak semestinya kau perlu jadi suami isteri. Kan?

Kita nak jiwa tenang, hidup senang, makan kenyang..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.