Cybertrooper (CTO) dijemput khas ke Yayasan Perdana untuk memberi pembentangan tentang aplikasi yang dihasilkan oleh anak muda ini.
Taz datang bertemu kami untuk mendapatkan geran SCRUT4Startup dari SCRUT. Idea awalnya telah kami reject. Tetapi dia taknak mengalah. Dia terus buat lagi.
Sebelum ini Taz buat Food Locate dan Muslim Brand. Tetapi ditipu dan dikhianti partner yang konon abang long mereka. Tapi dia tak mengalah. Dia jalan sendiri.
Akhirnya idea CTO ini diterima dan menjadi pemenang geran SCRUT4Startup. Alhamdulillah selepas hampir 1 tahun, CTO telah self sustain.
Dengan bimbingan Afifi dan Bukhari Ramli, berserta mazhab profit-based startup yang kami pupuk. InsyaAllah Taz dan CTO akan terus maju.
Dengar khabar Tun berminat untuk menggunakan khidmat Taz untuk PRU akan datang. Nasihat aku masa Taz nak pergi sana simple,
“Jangan menjilat. Present the ideas. Firm dengan prinsip.”
Aku tak ajar anak-anak muda jadi pengampu dan penjilat. Biar luar dan dalam diri merdeka. Biar megah dengan kekuatan sendiri, akal dan fizikal keseluruhan bukan dengan lidah yang hanya pandai slurrrp.
Siapa yang nak buat duit geli-geli, boleh pilih jadi Army di www.cybertrooper.org. Buat kerja share, like dan tag je. No harm. Sambil-sambil main sosial media. Kan?