BAGAIMANA MEREKA JADI KAYA?

B

Aku dilahirkan dengan minda skeptikal. Aku sentiasa skeptikal dengan segala data dan fakta umum yang lalu ke telinga aku. Apabila aku melanjutkan pengajian di Wakanda, aku dididik dengan mazhab evidence based, makin kepala aku jadi skeptikal.

Otak aku sentiasa tertanya-tanya, tercari-cari dan terfikir-fikir. Bagaimana ini terjadi, itu berlaku, apa yang dilakukan, why this, how there, I need to know.. etc etc.. Supaya aku boleh belajar.

Dari dulu, dari dulu lagi.. Aku tertanya-tanya bagaimana Dato’ K jadi kaya, dia berniaga apa? Apa nama syarikat dia. Bagaimana keluarga Neelofa jadi kaya, apa ayah tiri dia berniaga, apa nama syarikat dia.

Sebagai contoh, Elon Musk dengan Paypal, kemudian Tesla. Bill Gates dengan Microsoft, Jeff Bezoff dengan Amazon, Mark Zuckerberg dengan Facebook.

Di Malaysia pula, Syed Mokhtar dengan Bernas, Tradewind, DRB, MMC. Vincent Tan dengan Berjaya. Francis Yeoh dengan YTL construction. Mokhzani dengan Kenchana dan ayahnya. Syed Saddiq dan Maszlee Malik dengan sebab jadi menteri.

Kita semua maklum legasi syarikat milik mereka dan kejayaan mereka melalui syarikat-syarikat dan langkah-langkah mereka. Cuma Tun Daim, aku tak tau dia meniaga apa. Alih-alih dia jadi kaya raya. Siapa tau, tolong adjust info.

Jadi aku nak tau juga Dato K ni meniaga apa? Apa syarikat legasi yang dia miliki? Yang aku dengar dia ni broker je. Pernahlah dulu dengar Sriwani dia punya, The Zon. Tapi itu bukan syarikat yang dia asaskan. Macam nama-nama yang aku sebut di atas tadi. Orang sebut Mokhzani dengan Kenchana. Orang sebut Dato K, Siti Nurhaliza kan?

Begitu juga ayah tiri Neelofa, mamat Pakistan tu. Orang duk cakap dia kaya. Ada kilang. Apa nama kilang dia? Apa nama syarikat dia. Betul ke dia meniaga kain. Atau ada projek lain. Macam-macam bermain dalam kepala aku.

Bukan apa, semenjak aku balik Malaysia, berkecimpung dalam dunia kleptokrat, aku kenal dengan macam-macam orang kaya. Ada yang kaya sebab cuci duit Iran, cuci duit Pakistan, cuci duit haram, cuci duit scammer, cuci duit ahli politik.

Ada juga yang jaga projek surat kuning. Lobiyist makan persen. Ada juga yang kaya sebab jadi middleware. Ya, mereka kaya, memang mereka kaya dan nampak kaya, tapi itulah bisnes diorang.

Aku perlu kenal dan tahu supaya aku boleh belajar cara nak jadi kaya tanpa asaskan apa-apa business legacy. Yelah, dengan Axia Kompang, siapalah nak pandang kan. At least nanti at my 40, aku boleh dapat “Siti Nurhaliza” zaman tu nanti.

Siapa ada maklumat, tolong share. Aku ni berminda skeptikal..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.