Akan kubina sebuah kedai kopi kecil. Menjual kopi mahal berharga RM99 secawan. Orang taknak beli, aku persetankan sahaja. Biar aku sendiri minum. Korang noob, mana tau rasa kopi sebenar.
Dalam kedai kopi kita boleh sembang kencang, idea poyo dan gebang impian silam. Kita dah tua masa tu, takda siapa nak ganggu kita dah. Warga emas yang sedang bersiap siaga menemui tuhan.
Aku taknak jadi seperti sesetengah orang tua. Makin tua makin gila, makin jauh dari akhirat, makin lupa tuhan, dan makin tamakkan kuasa. Aku nak jadi orang tua yang steady, lepak kedai kopi sambil membaca wacana ilmiah.
Teringat aku sebuah kedai kopi di Milang, South Australia. Kedai kopinya dipenuhi buku-buku koleksi pemiliknya. Kedai kopinya berbau kopi dan kertas lama. Entah hidup lagi tidak orang tua itu. Entah ada lagi tidak kedai kopi syok sendiri itu.
Korang kalau dah tua nak buat apa?