NORDIN AHMAD – Permata Seni Terbilang.

N

Tadi komrad aku, guru marketing dari Bomstart – Digital and Video Marketing Agency tiba-tiba menghubungi aku. Katanya ada barang baik. Sampai saja di office buruk aku, di Ifmal Puchong. Dibawa keluar sebuah buku.

Sekali imbas terus aku kenal, ini buku tentang pendekar Jalak Lenteng – Nordin Ahmad yang popular dengan pantun Pak Malau. Buku ini ditulis oleh Hidir Ali Razali yang menjalankan kajian selama 14 tahun. Penulis berkelana mencari kesan-kesan tinggalan yang berintegriti bagi menghasilkan karya yang bertaraf magnum opus ini.

Buku ini dilengkapi dengan data-data dan fakta-fakta yang benar dari dokumen asal seperti sijil kematian, sijil lahir dan kad pengenalan lagenda filem Melayu tersebut. Gambar-gambar koleksi peribadi arwah juga disertakan dalam buku ini.

Hebat kajian ini, rasanya mungkin ramai yang mengenali P. Ramlee, tapi tidak ramai yang benar-benar mengenali Seniman Nordin Ahmad. Aku percaya buku ini akan menjadi artifak peninggalan sejarah yang unggul suatu hari ini.

Siapa yang mahu membongkar isi pengetahuan dan sejarah tentang Nordin Ahmad dalam buku ini, boleh terus hubungi penulis buku keramat ini.

Sri Mersing gurindam jiwa,
Hang Jebat cucu Datuk Merah,
Lanchang kuning Wan Perkasa,
Sultan Mahmud Mangkat dijulang Siti Zubaidah.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.