UCAPAN YANG BENAR KEPADA PENGANTIN MENURUT SUNNAH..

U

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang ucapan semoga bahagia dan dikurniakan ramai anak ketika memberi ucapan tahniah kepada pengantin.

Kata Ibn Hajar Rahimahullah,

“Ini adalah bentuk perkataan yang biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah (kerana mereka tidak menyukai anak perempuan – pent.). Maka ia pun dilarang sebagaimana diriwayatkan oleh Baqi bin Makhlad, dari jalan riwayat Ghalib.”عن الحسن أن عقيل بن أبي طالب تزوج امرأة من جشم فدخل عليه القوم فقالوا

: بالرفاء والبنين فقال: لا تفعلوا ذلك [ فإن رسول الله صلى الله عليه و سلم نهى عن ذلك ] قالوا: فما نقول يا أبا زيد ؟ قال: قولوا: بارك الله لكم وبارك عليكم إنا كذلك كنا نؤمر

“Daripada Al-Hasan (Al-Hasan Al-Bashri) bahawa suatu ketika ‘Aqil bin Abu Thalib bernikah dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Orang-orang pun berkunjung ke tempatnya. Mereka memberikan ucapan:

“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak lelaki.”

‘Aqil pun berkata, “Janganlah kamu ucapkan seperti itu.”

Mereka pun bertanya, “Jadi, apa yang perlu kami ucapkan wahai Abu Zaid (‘Aqil)?” ‘Aqil pun menjawab, “Ucapkanlah:

Ya Allah berilah keberkahan kepada mereka dan jadikanlah kebaikan serta keberkahan pada mereka.”
(lihat: Adaab Az-Zifaaf oleh Al-Albani, m/s. 175-176 – Al-Maktabah Al-Islamiyah)

Para perawinya tsiqah (terpercaya), hanya cuma Al-Hasan tidak mendengar hadis ini daripada ‘Aqil sebagaimana disebutkan oleh sebahagian pihak.” (Fathul Bari, 9/222)

Yang benar dan yang sahih ucapan kepada pengantin menurut sunnah adalah seperti berikut.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan keluarga ayah ‘Abdullah bin Busr di ketika baginda selesai dijamu makanan dengan doa berikut:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ
“Ya Allah, barakahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.”

(Shahih Muslim, no. 2042)

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.