Beginilah natijah yang kita harus tempuhi dek kerana system percaya orang tanpa bersikap #mindaskeptikal. Kita harus skeptikal! Jika tidak beginilah jadinya.
Seorang Tok Guru dari Gunung Jerai menceritakan tentang vaksin yang kononnya agenda Yahudi. Anak-anak murid yang tidak skeptikal dengan hujah Tok Guru terus telan dan sebarkan.
Tok Guru pula dapat maklumat tersebut dari seorang tokoh teori konspirasi yang bukan ahli dalam bidang perubatan, imunisasi dan vaksinasi. Bukan. Dia hanyalah pakar biomedic engineering. Tok guru yang tidak faham usul evidence based dan tidak berminda skeptikal, telan dan sebarkan kepada anak-anak murid.
Perkara yang sama juga berlaku kepada kaum so called salafi. Apabila tuan guru mereka yang berkelulusan bidang bukan perubatan, mengatakan vaksin itu Yahudi. Anak-anak murid mereka juga percaya percaya dan sebarkan. Konon-konon diorang #evidencebased, minta dalil. Dalil kena sahih. Bab sains, tak minta dalil, dalil maudhu’ pun diorang telan. Sebab tok guru tashihkan..
Aku pernah suruh diorang buka lab di Sungai Kantan dan radd kajian-kajian yang mereka tidak setuju. Takkan sembang kosong kan? Orang lain spend beratus-ratus juta untuk research, takkan salapi baca buku konspirasi dan journal low impact je?
Kalau gang karkun pula. Dulu ada lebai Ibnu Batoota lah tekongnya. Taktau apa jadi dah. Sepanjang aku kenal JT ni, rampai je yang antivax. Konon ikut sunnah. Tapi masa sakit jantung masuk hospital juga.
Gang liberal dan profesional pula. Mereka panggil diri mereka pro-choice. Konon-konon cerdiklah. Tapi apabila berhujah, still angkut fakta-fakta yang dikorek dari tong sampah. Yang dah kena dispute 1 dunia.
Sebab itu Tuan Guru atau Ulama’ dinasihatkan jangan memandai-mandai bercakap tentang bukan bidang dia. Tak berdosa pun kata,
“La adri..” atau “Wallahu’alam..”
——-
Tempelan iklan 0.25% share Melayu
Semalam makan atas kapal tau! Orang belanja. Kita sendiri takda duitlah nak makan atas kapal macam ni. Mamat yang payung ni ada buat startup juga. Siapa nak tau?