APABILA ULARMAK DISEMBAH, BITCOIN DIHARAMKAN..

A

Allah Ta’ala berfirman dalam surat An-Nahl ayat 43 dan surat al-Anbiya ayat: 7
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”

Begitulah Islam yang tulen dan yang sebenar itu indah, sehingga tuhan menyuruh sesiapa sahaja bertanya kepada ahlinya jika tidak tahu.

Tuhan tidak suruh tanya ularmak cara repair kereta. Tuhan tak suruh tanya ularmak cara design engine. Tuhan tak suruh tanya ularmak cara bangunkan teknologi blockchain.

Bahkan suruhan tuhan juga termasuk kepada ulama’ yang rabbani untuk bertanya kepada ahlinya tentang sesuatu perkara yang dia bukan ahlinya.

Mana mungkin seorang ulama’ yang menaip hanya menggunakan 2 daripada 10 jari layak bercakap pandai teknologi web 3.0? Jika mereka memandai-mandai, jadilah mereka ularmak bukan ulama’ lagi.

Mengeluarkan hukum tidak boleh berwenang-wenang, bila tak faham sahaja, sadd zara’i. Walhal dalam perkata muamalat yang disepakati ia mubah dahulu.

Bila kaum agama gagal atau tidak ada IQ yang baik untuk memahami teknologi, maka fatwa, pandangan dan komentar juga dilihat sangat dangkal dan canggung. Ia sangat menghina akal. Bahasa mudah, bodoh.

Penyembah ularmak pula masih menganggap ularmak mereka ni tahu semua benda. Ularmak dialah doktor pakar, jurutera dan blockchain developer.

Meh datangkan mana-mana ulama’, ularmak, mufti, ustaz, lebai, agamawan yang kata Bitcoin haram untuk aku adakan grilling session atau interrogation session terhadap kefahaman ilmu mereka tentang bitcoin dan teknologinya.

Aku pernah ajak Ahli Majlis Fatwa Wilayah, tetapi mereka diam. Nak tahu juga pakar mana yang dirujuk. Kumpulan pengkaji dari JAKIM juga kata harus.

Setakat ini di Malaysia yang kata Bitcoin harus adalah.
1. Dr. Daud Bakar dan Amanie Advisor.
2. Dr. Zaharuddin dan Elzar Syariah.
3. Majlis Fatwa Negeri Perlis.
4. Majlis Penasihat Syariah SC.

Yang kata haram adalah.
1. Majis Fatwa Wilayah.
2. Lebai-lebai IQ rendah.
3. Lebai-lebai teori konspirasi.
4. Penyembah-penyembah ularmak.

Islam dan hukumnya tertegak dengan hujah. Jika hujah macam sampah, fatwa boleh dibuang dalam tong sampah. Macam fatwa kopi haram, merokok harus/makruh, onani harus, dan Bitcoin haram.

Buang saja dalam tong sampah, kita takkan berdosa. Islam agama yang cerdik. Bukan agama yang membodohkan umat.

Faham?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.