LEBAI KONSPIRASI YANG BARU DILAHIRKAN DI ERA COVID – BAGAIMANA MEREKA LAHIR?

L

Beberapa bulan lalu, aku telah diziarahi oleh beberapa rakan yang diketuai oleh Hadi Akmal. Mereka menceritakan tentang beberapa rakan dan juga kenalan rapat aku yang telah menjadi ahli konspirasi dan pembawa kefahaman baru dalam hadis akhir zaman. Sebelum itu, Farizman Ali ada bagitahu aku tentang perubahan mereka.

Dulu spisis lebai-lebai ini aku ketahui wujud di Sungai Kantan, Kajang yang diketuai oleh Dr. Sulaiman Nordin. Sudah maklum yang mereka ini ahli flat earth, anti-vaksin, dan penyebar dakyah segalanya yang mereka tidak setuju adalah teori konspirasi. Segalanya perancangan Yahudi, segalanya Yahudi. Semua cendiakawan dan sarjana sains yang muslim adalah bebal dan pengikut dajjal dan perancangan Yahudi.

Bila mereka ini mula berubah?

Menurut rakan-rakan dan kenalan rapat mereka, mereka berubah selepas PKP kali ke-2. Setelah covid melanda, mereka menjadi pengkaji hadis akhir zaman setelah bisnes mereka terkesan teruk.

Siapa mereka?

Mereka terdiri daripada peniaga restoran, lebai salam sauk, peniaga pam minyak, profesional kena lay off, buka sekolah agama swasta dan lebai ic merah jual setanggi.

Mereka bukanlah ahli akademik, ahli sains, yang paling utama, mereka bukan expert dalam bidang virus, immunisasi dan infeksi. Bukan! Hatta mereka tidak kenal apa-apa journal sains pun.

Jika dipanggil untuk berdebat tentang metodologi sains, pasti mereka tidak berani. Pasti mereka menikus. Sikap mereka macam khawarij dan muktazilah. Mereka tak ramai, tapi mereka bising.

Kenapa mereka mula berubah?

1. Yang lebai salam kaut tak boleh cari makan. Selama ni hidupnya hanya tunggang agama dan jual agama. Ada kuliah, ada masyuk.
2. Peniaga restoran pula tak boleh berniaga, selama ini taknak diversify or invest dekat tech. Datang PKP 2nd time, terus gila nak solat di masjid dan rapatkan saf.
3. Lebai ic merah jual setanggi pula disebabkan kedai setanggi bukanlah essential, maka PKP 2.0 datang, terus tak faham usul fiqh dah. Terus terlupa ayat Quran suruh tanya expert.
4. Gang buka sekolah ni jem lah. Dah invest renovate bagai. Sekali sekolah tak boleh jalan. Macam mana nak collect fee. Kan?
5. Tauke pump minyak memang jemlah bila PKP, orang tak keluar. Tak pakailah kereta. So, orang kurang isi minyak.

Jadi aku kasitau korang, bila puak-puak ni meroyan, tunggang sunnah, tunggang teori konspirasi, tunggang dajjal boleh mencair jadi venom semua tu adalah disebabkan periuk nasi mereka terganggu je.

Bangsa dan kaum gagal ni biasanya mereka gagal evolve. Mereka sentiasa salahkan orang lain. Paling hina adalah mereka menunggang dan menggunakan hujah agama untuk menutup dan menyorokkan niat sebenar mereka.

Kenapa mereka takut nak evolve bisnes mereka? Kerna internet juga termasuk dalam perancangan iluminati?

Ah, bodohnya!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.