ADAKAH KEPUTUSAN CEMERLANG DI KOLEJ/UNI ITU SATU KEPUTUSAN BIJAK UNTUK MAJIKAN MEMILIH PEKERJA?

A

Aku ada seorang kawan, dia seorang boss. Dia seorang yang sentiasa kerja keras untuk berjaya. Dalam masa yang sama, dia selalu complain tentang orang lain.

Ketika dia di Adelaide, dia selalu mempertikai budak-budak Petroleum Engineering dapat dean’s list dan grad first class. Katanya, school depa senang.

Kalau accounting, sastera dan business, lagilah dia tak pandang. Dia selalu sebut yang kos dia paling susah di dunia. Subjek-subjek pun paling susah di dunia dan lecturer-lecturer pun paling keras di dunia.

Inilah mechanical engineering di The University of Adelaide.

Belum lagi dia complain pasal kawan-kawan selalu tiru assignment dia especially budak-budak usrah. Kalam keramat dia adalah,

“Hangpa kata kalau pergi usrah, nanti Allah tolong permudahkan kerja hangpa, tapi hangpa balik usrah hangpa tiru aku. Boleh la cakap!”

Begitulah dia. Akhirnya dia menjadi rebel melawan usrah seperti aku.

Bila aku jumpa dia di Malaysia. Pandangan dia tentang cara nak ambil pekerja agak lain. Dia akan tengok SPM dulu sebabnya,

1. SPM takda % courswork.
2. Adil. Semua orang ambil exam yang sama.
3. Kalau survive SPM maksudnya dia sebenarnya bagus.

Dia tak pandang sangat uni/kolej sebab,
1. Ada kos senang.
2. Ada uni/kolej senang.
3. Ada school yang purely coursework atau % coursework tinggi.
4. Ada yang lecturer boleh kawtim.
5. Ada yang uni/kolej boleh kautim.
6. Ada yang exam boleh meniru.

Aku hanya mendengar pandangan dia. Kemudian aku kasitau, SPM pun ada soalan bocor, ada budak meniru. Aku pula mencari orang yang memang betul-betul nak kerja, nak berjaya, willing to sacrifice for his career at early stage..

Dia jawab,
“Hang lain, itu company hang. Aku gheja dengan orang..”
Pffftt..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.