CAPAL GAYA NABI, PAKAI DI KEPALA ATAU DI KAKI?

C

Aku masih teringat lebih kurang 20 tahun lalu, ada individu yang keluar di MHI (Malaysia Hari Ini) menceritakan tentang “capal Nabi” dan dia menjual “capal Nabi” dengan harga premium. Capal yang dia promosi itu adalah jenis kulit. Padanlah mahal pun.

Bentuknya lebih kurang macam yang popular sekarang ni. Tetapi ia dijual untuk dipakai di kaki. Ketika itu ramailah para penciplak meniru bentuk tersebut dan dibuatnya “capal Nabi” versi getah. Abang aku antara orang yang pakai capal versi getah.

Selepas beberapa bulan, surau di rumah aku juga menggunakan capal jenis getah tersebut untuk dibuat selipar jamban. Ketika itu tidak apa yang pelik. Tidak ada apa yang ajaib tentang bentuk capal tersebut.

Kalau benar ia sunnah, betullah ia dipakai di kaki. Nabi pakai capal di kaki ke di kepala? Betul tak? Kalau benda sunnah kena letak di kepala, maka kayu sugi, wangian, cincin semua kena letak di kepala? Jubah?

Aku lihat bentuk capal yang dikempen pada hari ini sama saja dengan yang dulu. Bezanya kali ini ia dijual dengan lebih bergaya dengan bermacam kepercayaan karut dan kurafat.

Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan.
1. Adakah benar bentuk capal itu adalah sahih dan sarih macam Nabi pernah pakai?
2. Adakah Nabi seorang je pakai bentuk macam tu atau memang zaman tu fashion macam tu?
3. Kenapa 4 khalifah, 10 sahabat dijamin syurga dan ahli Badar tidak meriwayatkan tentang capal Nabi kalau ia benar-benar penting dalam syariat?
4. Kenapa dalam kitab-kitab hadith utama tidak wujud tentang benthk capal Nabi jika ia benar-benar penting dan perkara besar?
5. Nak ikut sunnah pakai capal, patutnya pakai di kaki lah. Macam sunnah pakai jubah, pakai di badan. Kan?

Senang cerita, semua ini nak bisnes je. Capal Nabi, Nabi dah pakai. Capal yang kau jual tu, capal kau. Bukan capal Nabi. Faham? Anyway, bentuk capal tu cantik la juga. Tak salah pun buat hiasan atau dekorasi. Tetapi ada kepercayaan karut terhadap bentuk capal itu yang wajar ditentang.

Islam tidak datang mengajar kebodohan dan menjadikan manusia bodoh!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.