PS5 IN DA HAUS!!!

P

Alhamdulillah, hari ini PS5 yang aku Layby selama 3 bulan melalui platform Layby.my telah sampai. Siap hantar datang office lagi!

Kenapa aku Layby?

Sebab aku tak kaya cam korang. PS5 ni bukan barang yang urgent sangat bagi aku. Aku kan bawa Axia Kompang je. Mana mampu nak bayar seketul. Jadi aku manage cashflow aku dengan sistem pembayaran secara layby.

Korang tau tak LAYBY ni apa?

Layby ni teknik pembayaran yang sangat popular di Australia. Teknik yang mendidik masyarakat mengawal dan menguruskan cashflow kewangan anda dengan lebih baik dan jitu.

Layby ni sistem yang tidak berhutang. Layby mendidik kita merancang pembelian barang-barang yang tak essential atau yang boleh ditunggu. Contoh nak bagi hadiah birthday dekat gopren lagi 6 bulan. Boleh Layby la dari sekarang, lepas 6 barang dapat. Tak perlu kau pinjam duit kawan nak beli hadiah untuk gopren kau!

Korang boleh google, what is Layby..

Aku layby PS5 ni selama 3 bulan. Aku bayar pelan-pelan, jadi tak kacau cashflow perbelanjaan bulanan aku. Axia Kompang boleh bayar, rumah sewa boleh bayar, gopren punya elaun pun lepas bayar. Zero debt, zero interest, no riba!

.Yang buat terkejut hari ini, aku order digital punya version, tapi yang sampai adalah version lagi mahal. Alhamdulillah. Mereka menepati janji yang mana kalau takda stock, dia akan ganti yang sama atau lebih baik.

Korang yang tak pernah dengar pasal term Layby ni, boleh explore. Aku memang suggest korang plan cashflow perbelanjaan korang. Dan aku cadangkan Layby adalah salah satu solusi atau caranya.

Nak beli barang pakai duit sendiri. Takda duit seketul, boleh layby. Bukan dengan korang buat NGO, lepas tu korang rembat buat program wakaf itik. Macam ada sesetengah founder NGO tu.

Boleh click sini untuk berLayby!
https://layby.my/r/150494

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.