ADA TAK NGO/YAYASAN YANG BERANI MEMBUKTIKAN KETELUSAN PENGURUSAN MEREKA?

A

(Panjang : Sila baca sampai habis! Di penghujung nanti ada solusinya.)

Ramai pula tag aku bila ada isu NGO, Yayasan dan pertubuhan. Alhamdulillah, ramai yang dah cakna, aku harap korang pun tolonglah sampai-sampaikan kepada mereka yang tiada dalam majlis ini.

Bila aku membentangkan cara-cara nak buat duit dengan NGO, ramai yang baru tahu rupanya. Jadi ianya pasti membuka mata masyarakat supaya lebih cerdik dan cakna dengan permainan peminta sedekah berdaftar ini.

Ramai yang menyokong, ada juga yang meroyan. Yang meroyan ni biasanya ada NGO yang mungkin buat projek kayakan diri ler. Kalau tak buat kenapa terasa kan? Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Mereka yang membantah ni sekadar meroyan tanpa fakta dan apa-apa pembuktian.

Tiada seorang pun yang boleh mewakili NGO mereka membuktikan yang mereka telus, bersih dan suci dari kebatilan-kebatilan. Setakat sembang kosong. Siapa yang boleh verify atau validate kenyataan mereka? Ibarat sendiri buat soalan, sendiri buat jawapan, sendiri jawab soalan, sendiri bagi markah.

Setakat ini, ada 2 orang sahaja yang beriya-iya nak melawan aku. Sorang tu penulis tersontot. Sorang lagi buat projek itik sontot. Kalau korang lihat background 2 orang ini, mereka ialah golongan gagal. Tidak bekerja dengan betul. Sebab itu NGO sangat diperlukan oleh mereka untuk ditunggang.

Sorang tu nak jadi penulis, tapi sontot. Jual ayam goreng, sontot. Buat travel, sontot. Last-last sekarang buat Takaful. Harap tak sontotlah. Lagi sorang tu plak, buat NGO bela ayam, sontot. Bela itik, sontot. Main saham, sontot. Konon jadi kontraktor, sontot. Sebab banyak masa terluang tak bekerja, meroyan zikir nama aku hari-hari.

Tapi kalau korang redha yang duit korang diratah oleh kaum opportunist ini atas nama pengurusan. Silakan! No issue at all. Tapi nampaknya ramai yang terkejut. Jadi aku dah bagi solusi siap dah. Takpa aku ulang balik.

1. Kau bagi je duit kau ke pusat Zakat. Walaupun niat kau bukan zakat dah, takda isu pun. Sebab kita pasti mereka sebagai amil hanya ambil 1/8 atau 12.5% sahaja kos pengurusan.

2. Kau sendiri bantu orang susah. Direct. RM100 kau bagi, RM100 pasti sampai. Takda budak yang tak bekerja tap 30%.

3. Kau SCRUT NGO tu dengan minta audit report, management account, bank statement dan record epf. Kau puas hati, kau berdampinglah dengan NGO itu.

4. Kau check founder-co-founder dan high council NGO/Yayasan itu. Mereka tu dari kaum kerja tak tentu arah, atau memang mereka yang dah settle down dan steady. Buka NGO/Yayasan memang untuk buat kerja amal.

Apa pun, aku hanya ceritakan kebenaran dan hakikat sebenar tentang kaum pengutip derma ni, selain aku tekankan pandangan dan pendirian aku. Siapa tak suka, tak setuju, takpalah. Selagi mereka tak boleh buktikan apa-apa dengan fakta dan data yang sahih. Kebenaran tetap di pihak aku.

Ada ke NGO atau Yayasan yang bagus?

Jawabnya pasti ada. Mana? Siapa mereka?Jawabnya, mereka yang berani membuktikan diri mereka telus melalui :

1. Mengemukakan audit report sepanjang penubuhan.
2. Mengemukakan management account.
3. Mengemukakan bank statement.
4. Mengemukan KWSP gaji yang dibayar pekerja.

Mudah kan? Selain itu, pendiri atau founder-co-founder ialah mereka yang memang dah settle down, bukan mereka yang kelaparan dan takda kerja. Pendiri NGO dan Yayasan mesti orang yang steady, bukan penganggur yang bini tanggung hidupnya.

Buat masa ini, aku baru kenal dan jumpa sebuah badan kebajikan yang sangat bagus. Memang boleh bagi kesemua dokumen-dokumen yang aku minta.

Nak tau?Nama badan tersebut adalah KIWF – Khadijah International Waqaf Foundation.

Rujuk sini : https://khadijahwaqf.org.my/

KIWF ditubuhkan oleh sekumpulan wanita-wanita yang berjaya dalam career seperti Hajjah Rohani, Puan Mazlina, Aziz Peru dan ramai lagi. Mereka ialah golongan yang sudah berjaya dalam career masing-masing. Bukan penganggur yang makan duit bini kerja gomen tau, mereka buat KIWF memang purely charity dan voluntary. Sebab itu founder-founder dan high management tidak ambil gaji!

Buat mereka yang mencari badan waqaf yang high integrity, boleh tengok-tengok KIWF. Aku dah SCRUT, insyaAllah ok. Korang nak SCRUT lagi pun boleh.

Sekarang ni, KIWF tengah buat kempen waqaf beli rumah-rumah yang berdekatan dengan HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk digunakan oleh parents asnaf yang anaknya menghidap kanser.

HKL merupakan center untuk rawatan kanak-kanak kanser. Selama ini mereka hanya tinggal di tepi-tepi lorong hospital. Berkemah di sana sementara menunggu anak mereka menjalani rawatan, maka KIWF mengambil inisiatif untuk menyediakan penempatan yang lebih baik bagi mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, KIWF telah melancarkan portal waqaf terbaru mereka iaitu :

https://waqf.io/

Portal ini untuk mereka yang nak terus mengirim wang kepada KIWF. Ia lebih mudah, cepat dan simple. InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah founder-co-founder mereka tidak akan sentuh walau sesen pun.

Bahkan mereka mendaftar sebagai foundation di Labuan juga menunjukkan betapa jelas matlamat dan tujuan besar mereka. Bukan sekadar buka dan daftar pertubuhan dengan RoS yang diketahui tidak strict dan longgar. Akhirnya ramai yang menyalahgunakan NGO untuk kepentingan peribadi.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang ni, sesiapa yang rasa pemurah nak menderma, boleh salurkan derma dan infaq anda ke KIWF melalui portal..

https://waqf.io/ | https://waqf.io/ | https://waqf.io

Untuk mengenali siapa disebali KIWF, rujuk web rasmi KIWF di https://khadijahwaqf.org.my/

KIWF pilihan aku, korang pula? Ini bukan waqaf itik buat duit tau, ini waqaf untuk buat pahala dan jariah yang kekal selamanya..

InsyaAllah..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.