KIWF – KHADIJAH INTERNATIONAL WAQAF FOUNDATION – SIAPA MEREKA?

K

Semalam, selepas aku menyebut tentang KIWF (Khadijah International Waqf -L- Foundation), ada beberapa orang komen dan mesej aku minta aku explain tentang siapa dan apa kelainan mereka.

Boleh rujuk kembali di sini :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/462789058321612/?d=n

Baiklah, KIWF ni diasaskan oleh beberapa orang wanita besi (iron lady) dengan mengambil semangat Siti Khadijah isteri Nabi. Bila sebut pasal Khadijah, semua orang tahulah seorang wanita kaya yang menginfaqkan seluruh hartanya kepada dakwah Nabi.

Sudah pastilah wanita-wanita yang mendirikan KIWF ini bukan kaleng-kaleng, kesemua mereka ialah wanita berjaya dan majoriti mereka ialah mantan fund manager dari institusi-institusi kewangan terkemuka dalam dan luar negara. Senang cerita, mereka ini orang kaya dan ada ilmu kewangan yang sangat baik dengan reputasi yang tidak dapat dinafikan.

Rujuk siapa mereka di sini :
https://khadijahwaqf.org.my/council-members/

Dengan ilmu dan pengalaman yang mereka ada, mereka membangunkan konsep waqaf yang benar-benar patuh syariah dan 100% waqaf akan disalurkan kepada projek-projek mereka tanpa 1 sen diambil oleh para pengasas atas nama pengurusan. Untuk menjadikan foundation mereka bertaraf dunia, mereka mendaftarkan KIWF di Labuan bagi memudahkan urusan kerja amal mereka di dalam dan luar negara.

Alhamdulillah, mereka telah memulakan semua projek dengan mewaqafkan sebahagian daripada harta-harta mereka sendiri sebelum ini. Sudah pasti tanpa apa-apa kepentingan peribadi. Yelah, mereka semua ini bukan macam sesetengah pendiri NGO yang menjadi lintah darat untuk hidup senang.

Untuk projek terbaru KIWF, mereka telah mendapatkan 5 unit rumah yang berdekatan dengan HKL untuk dibeli dan dijadikan rumah transit kepada keluarga-keluarga anak kanser untuk menjalank rawatan di HKL. Mereka sudah bayar untuk 2 buah rumah, jadi mereka membuka peluang kepada sesiapa yang nak berkongsi harta waqaf (3 unit rumah) ini bersama-sama KIWF.

Sebagai tanda kepercayaan aku terhadap KIWF, serta sokongan idea dan perjuangan KIWF, maka dengan rendah hati aku mengajak kawan-kawan semua untuk berwaqaf dengan KIWF melalui..

https://waqf.io/ | https://waqf.io/ | https://waqf.io/

ps : kesemua founder-co-founder KIWF ni level mak-mak aku je. So, wanita-wanita muda dan berjaya di luar sana, join lah KIWF bagi meneruskan legasi perjuangan mereka.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.