Korang tau Nilai 7 tu dekat ceruk mana? Nilai 7 tu seberang Nilai 3 je. Alah, tempat korang cari langsir dengan karpet tuu. Namanya Nilai In-land Port. Projek gagal Rafidah Aziz.
Ah, anyway aku nak cerita sikit pasal IFMAL since staff-staff baru aku taktau sangat pasal bagaimana IFMAL bermula. Ohya, IFMAL bermula di Nilai juga..
Siapa sangka daripada eksperimentasi dan validasi kajian pasaran import kami dah membesar sejauh ni? Daripada hanya warehouse tumpang dekat Nilai 7 ceruk tu sekarang berpindah pula dekat warehouse yang lebih besar dan selesa dekat Puchong. Siap dengan dua lagi outlet IFMAL di Melawati dan Bangi.
IFMAL lahir tanpa vc, geran, funder mahupun bantuan mana-mana selebriti kayangan hatta influencer sekalipun. Yang ada, cuma kawan-kawan aku yang balik dari luar negara sana. Kumpul semua gang ni buat warehouse sales. Since konsep asal kami nak buat warehouse sales tiap bulan. Sekarang syukur dah ada staff sendiri yang bantu meneruskan perjuangan IFMAL.
Masa tu ada kawan yang kerja Petronas, aku call ajak jumpa pun taknak jumpa. Ada budak startup yang gelakkan aku bila aku kasitau aku jual pinggan je. Ada yang siap ejek aku jual kerepek dan biskut sebab ada kawan-kawan tumpang letak kerepek. Budak-budak startup mazhab menjilat tak suka aku. Sebab aku kecam mazhab menjilat. Sebab aku mazhab bekerja, bukan menjilat. Profit based startup, bukan valuation based startup.
Walaupun masa awalnya semua manual, lokasi dodgy teruk, tak ada system, tak ada rak mahupun meja, hanya bergantung pada kawan-kawan yang ada aje. Kalau fikir balik memang kerja berani mati. Berkat kerja keras, keazaman dan semangat waja, lepas setahun memang berbaloi pengorbanan tu. Tiap kali sales, kereta bersusun tunggu, yang beratur apatah lagi. Sekarang tak tunggu sale dah, asal bagi tahu barang sampai pelanggan setia IFMAL semua sampai.
Dengan IFMAL lah aku belajar pasal to real business. Dari zero to hero. Dari sendiri buat semua, sampai sendiri arah semua. Belajar pasal marketing, sales, branding, advertising, operation, buat system, hr, business development, taxtation, dan macam-macam lagi asam garam dalam dunia business. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang sama gila macam aku.
Abu Aisy, Nik Izwan Kamel, Muhd Noraswazdi, dan Tawakal, dan beberapa sahabat lain. Setiap kami ada peranan masing-masing. InsyaAllah semua itu akan terbayar dalam masa beberapa tahun lagi. Setiap ilmu dan pengalaman menguruskan IFMAL lah buat aku mudah untuk venture mana-mana business lain. La ni, IFMAL adalah milik para pekerja di sana. IFMAL terus hidup kerana mereka. Niat awal nak happy-happy dengan warehouse sales untuk bagi peluang rakyat marhaen merasai barangan berkualiti dari luar negara. Akhirnya jadi serius pula, jadi sebuah perjuangan dan tempat anak muda mencari rezeki.
Hari ini..
Boleh kata kalau sekarang ni sebut dekat mana nak cari Corelle, Noritake, Nutella, Barista Bros dengan Lotus Biscoff, akan adalah yang jawab IFMAL. Sekarang ni IFMAL dah ada crowd tersendiri baik dari ceruk sampai ke serata Malaysia. Mereka yang tahu kami sentiasa sediakan servis yang terbaik dan barangan yang berkualiti. Memang seiring dengan tagline kami..
“Quality with Integrity.”
IFMAL ni kalau korang datang mesti menyesal, tak kisahlah IFMAL Bangi ke IFMAL Melawati ke, hatta klik ifmal.com pun dijamin menyesal. Sebab apa menyesal? Cuba teka. Tak percaya?
Cuba kau suruh wife-wife korang click atau type www.ifmal.com dalam search browser diorang macam google ke safari.
Buat orang Melawati, boleh ke Ifmal Melawati. Orang Bangi, boleh ke Ifmal Bangi. HQ Ifmal di Puchong. Korang followlah untuk tunggu offer-offer yang terbaru. Kalau suka, beli. Tak suka, boleh order Coffee & Koala!
IFMAL tak buat kami jadi kaya. Tapi IFMAL buat kami belajar banyak perkara. Mungkin kaya ilmu, pengalaman dan kecekalan. Walaupun tak jadi kaya, tapi aku boleh cerita yang IFMAL adalah legasi yang aku mulakan. Bukan bertempek menumpang nama dan usaha orang lain untuk naik dan berjaya..