MIZZ NINA – CERITA BERHIJRAH TANPA DRAMA DAN KONTROVERSI..

M

Sebenarnya aku dah tulis hal ini sebelum puasa lagi. Tapi since ada selebriti yang konon dah berhijrah asyik merosakkan tasawwur hijrah, aku rasa aku perlu publish dengan sedikit touchup supaya masyarakat nampak ada selebriti lain yang boleh dibuat contoh.

Aku dengar nama Mizz Nina ni, ketika zaman gig underground. Masa tu dia naik dengan Teh Tarik Crew. Memang dialah Queen of Hiphop Malaysia dulu. Sampai level dia collab dengan artis dari USA dan Korea. Power! Tiba-tiba, suatu hari, aku dengar news dia dah taubat, kemudian nikah dengan artis juga tau, Noh Hujan. Bukan dengan lebai atau ustaz. Tidak juga dengan lebai yang jual agama ke stesen TV untuk menjadi popular dalam program realiti tv.

Mizz Nina ni, korang dah tau kan dia anak siapa? Dia bukan anak tiri tauke Pakistan jual karpet, mahupun cucu tauke beras, atau anak makcik jual daging rimau. Bukan. Dia anak pengasas Ambank. Anak orang yang pernah menduduki top 10 orang paling kaya di Malaysia. Anak orang kaya yang betul, bukan kaya sembang.

Sepatutnya kasta dia jauh di atas kayangan dan singgahsana. Tetapi, pelik dia ni sangat humble, tanpa apa-apa kontroversi even semenjak zaman menjadi artis hiphop lagi. Selepas berhijrah, aura keinsafan dia jauh mengatasi mana-mana selebriti lain yang konon telah berhijrah.

Mizz Nina juga ada bisnes hijab, tudung dan shawl, alatan dan fashion muslimah. Tapi, tidak pula dia galak bikin kontroversi dengan buat launching tudung di club malam atau dengan mencipta drama kontroversi. Dia dilihat sangat rilex, tenang dan tidak laparkan perhatian. Tak lupa juga, Mizz Nina telah sekian lama melancarkan Islamic Apps yang bernama QalbyApp. Selain itu, dia juga bangunkan sebuah yayasan kebajikan yang dinamakan, Yayasan Min Qalby.

Yang lebih membanggakan, Mizz Nina siap ada buat VC untuk bantu anak-anak muda yang nak bangunkan bisnes dengan sesi coaching dan early stage investment. Tidak ketinggalan, channel Islamic dengan content-content Islamic DOPStv juga merupakan brainchild Mizz Nina.

Lihatlah, betapa banyak sumbangan dan aktiviti Mizz Nina kepada masyarakat yang telah dia buat sebagai tanda penghijrahannya. Tetapi yang lebih utama, bukti penghijrahannya adalah tiada kontroversi sampah dan drama murahan, tidak bersikap bongkak dan angkuh walaupun dia tidak memakai niqab dan bersuamikan lebai tak grad.

Aku dapat rasa yang Mizz Nina berhijrah dengan penuh keikhlasan dan rasa insaf. Bukan sekadar nak berpropa atau untuk tujuan marketing. Dia juga telah quit sepenuhnya dari industri hiburan..

Teringat hadis pertama dalam hadith 40..

‎إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Maka, berhijrahlah kita semua kerana Allah dengan ikhlas, insaf dan tawadhuk. Bukan berhijrah kerana nak buat marketing stunt. Hijrah kerana nak buat marketing bukan hijrah, itu namanya tunggang agama..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.