JANGAN LAWAN ULAMA! KALAU LAWAN JADI MUNAFIK! MU BODO!

J

Mantan Mufti Wilayah tu aku dah kenal lama. Pada aku, dia memang gila glamor, suka populariti. Dulu, masa jadi mufti, Dr. Abu Aisyah Yat Saaidal pernah jemput dia untuk hadir ke Seminar Blockchain Kebangsaan, dia taknak hadir. Taknak belajar ilmu sains. Wakil pun tak hantar.

Tapi, lepas tu dia hadir menonton filem/drama dan buat review. Lepas tu dia fatwa Bitcoin haram dengan informasi dan pengetahuan yang salah, yang sesat lagi menyesatkan. Yela, Seminar Blockchain Kebangsaan takda artis dan selebriti. Mana cool! Kan? Itu yang dia tak teringin nak datang.

Lepas jadi menteri, berapa kali dia langgar SOP. Siap kena covid dan sebarkan covid lagi. Tapi sebab agamawan ni macam musang berjanggut, boleh kasi padam. Maka dia terlepas sampai baru-baru ini tahnik anak Siti pula! Takpa, dia boleh jawab, no komeng..

Ustaz Azhar Idrus pula, aku taktaulah apa aktiviti essential yang boleh dia cross negeri. Bagi ceramah salam kaut tak essential. Kau jangan komen banyak, dia bodokan kau je. Dia cakap jangan lawan ulama’, siapa lawan ulama’ tu munafik. Yolah! Cuma aku tak nampak amalan larangan masuk ke tempat berwabak sebagaimana hadith Umar. Dari Terengganu yang kurang kes, ke KL/Selangor yang sedang merah berdarah.

Tapi bila aku dengar penjelasan dia. Dia kata, dia kawan dengan Dato K. Dato K ajak datang rumah. Rumah mentua dia dekat dengan rumah Dato K. Itulah alasan kaum kayangan. Sambil menyelam minum air. Orang lain nak ziarah mak ayah yang sedang uzur tidak dibenarkan. Agamawan siap boleh pergi tahnik anak kawan lepas ziarah rumah mentua. Steady!

Ustaz Don pula. Kau jangan komen lebih-lebihlah. Dia punya isu Bani Tamim, Ta = Tanah, Mim = Melayu, pun tak habis jawab lagi sampai hari ini. Belum kira berapa banyak hadith palsu dia keluarkan sepanjang keluar TV. Apa kau expect dari lebai Don ni?

Cerita dia camni je. Kenapa orang ramai marah? Meh aku jawab elok-elok.
1. Rakyat dan masyarakat diarahkan jaga jarak. Solat jemaah jarak-jarak. Lebai-lebai slumber tahnik baby kecil yang masih lemah imunitinya. Mana SOP jaga jarak?
2. Solat Jumaat yang sangat fardhu dibatalkan, takkan tahnik yang bukan fardhu tidak boleh dielakkan?
3. Menziarahi ibubapa yang sangat wajib dan dituntut telah disekat, takkan ziarah kawan tidak boleh ditolak?
4. Bazar Ramadhan diarahkan tutup demi menjaga maslahat rakyat, lebai-lebai slumber hadir ke majlis aqiqah kayangan dengan bermacam alasan dan justifikasi.

Begitulah..

Hati rakyat marhain telah terguris. Jiwa masyarakat telah dirogol dengan lakonan dan drama para agamawan. Minda dan akal mereka telah dipijak-pijak dengan dalil-dalil agama.

Bukan kami tak hormat ulama’ tetapi ulama’ yang mendustakan ajaran yang dia sendiri ajarkan. Ohya, ulama’ kan ada dua jenis. Ulama’ baik iaitu ulama’ rabbani, ulama’ jahat iaiti ulama’ suu’.Maka kami hanya hormat pada ulama’ rabbani.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.