REVIEW BALAK.CO

R

Aku tau pasal Balak.Co ni sebab Hata San yang kerap promote di wall dia. Aku sebagai meat eater kental pun ajak kawan-kawan datang merasa since aku tak percaya dengan food photography. Tapi bila sampai, si Hata ni pun takda.

Dalam gambar kedai nampak cool. Bila sampai, aku rasa interior dia sangat teruk. Tak menggambarkan ia restoran daging, jauh sekali nak capai konsep restoran Texas BBQ. Nampak macam finishing tak ikhlas.

Dengan decoration yang ala kadar. Meja dan kerusi makan pun macam main-main je. Tak nampak keseriusan seperti dalam gambar. Memang tak membuatkan aku rasa berbaloi dengan harga makanan yang dijual.

Harga makanan yang dijual macam harga Tony Roma’s. Tapi Tony Roma’s dalam mall, ada aircord, pinggan, sudu dan garfu solid. Meja dan kerusi makan pun steady. Interior memang cool. Sesuailah dengan harga dia.

Pada aku jika Balak.Co nak jual premium, maka suasana pun kena premium. Baru fairlah dengan harga yang orang bayar. Kalau nak buat suasana ala kadar, harga tak patut premium. Aku berharap dagingnya sedaplah since aku dan kawan-kawan meat eater rasa tak sedap hati dah. Alhamdulillah, dagingnya lulus. Cumanya mereka patut sediakan salt & pepper di setiap meja.

Kalau betul mazhab Texas, maka takdalah sos, tapi ia dihidangkan dengan sos black pepper yang aku kira oklah. Side dishes dia biasa-biasa je. Food decoration memang tak stim langsung lah. Memang banyak diorang kena ubah.

Overall, daripada 5 bintang, aku bagi 2 bintang untuk Balak.Co. Ini pandangan aku yang bukan profesional. Jangan marah na!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.