TAN SRI HAMID BADOR IALAH SON GOKU!

T

Tan Sri Hamid Bador telah bersara selama hampir 3 tahun sebelum dipanggil balik oleh Tun M selepas kemenangan PH.

Tan Sri Hamid bersara ketika beliau ialah timbalan pengarah cawangan khas (SB) dengan pangkat (rank) 2 bintang sahaja.

Beliau dipanggil balik untuk bekerja dengan PDRM secara kontrak oleh Tun M dan terus dilantik menjadi pengarah SB dengan pangkat 3 star.

Kemudian beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara (IGP) secara kontrak selama 2 tahun menggantikan Tan Sri Fuzi.3

Tan Sri Hamid Bador dikenali sebagai individu dalam PDRM yang bersuara lantang membidas kerajaan BN dalam isu 1MDB.

Walaubagaimana pun, sepanjang beliau menjadi IGP, beliau gagal membawa pulang saksi utama kes 1MDB iaitu Jho Low yang menyebabkan keputusan mahkamah dikatakan lemah oleh para pengamal undang-undang.

Pada hemat aku, kenaikan dan kembalinya Tan Sri Hamid Bador dari persaraan 2 star menjadi IGP adalah keajaiban yang hanya boleh dilakukan dengan kuasa politik.

Perkara tersebut sangat unik tetapi ianya telah berlaku. Maka tidak hairan jika selepas ini kerajaan yang menang akan melantik orang yang mereka favor untuk memimpin PDRM walaupun sudah bersara.

Pada aku, Tan Sri Hamid telah melakukan kerjanya dengan baik dan sekadar yang beliau mampu. Cuma aku sedikit kecewa, apabila beliau hanya melepaskan peluru perak beliau pada saat akhir.

Sedangkan menurut beliau, perkara itu telah berlaku seawal pertukaran kuasa PH ke PN. Jadi, aku ada sedikit doubt dalam sela masa tersebut. Adakah beliau benar-benar ikhlas bersuara ataupun tidak. Entahlah..

Yang pasti, Tan Sri Hamid telah melakukan sesuatu yang menarik sebelum kontraknya berakhir pada saat akhir. Ibarat kata Son Goku,

“Sebelum mati, tikus akan kentut dulu!”

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.