KENAPA AZMIN BUKA “PINTU BELAKANG” ?

K

Semalam is3 pinjam Axia Kompang, so terpaksa naik e-hailing. Maklumlah, aku bukan macam kau, kaya ada banyak kereta. Kalau tak kaya pun, kau tu scammer. Buka NGO kau cash out. Paling tak pun, bini kau keje gomen, kau kangkang je tak kerja makan duit bini!

Anyway, driver aku tu ceritalah pasal dia kurang income. Rental dah tak bayar. Sebab tak ramai orang keluar rumah. Dia cerita juga pasal kawan-kawan yang kerja di kilang Panasonic gaji hari. Kalau kilang tak buka diorang nak makan apa? Diorang takda gaji.

Begitulah dilema menteri MITI kita. Nak diluah mati emak, nak ditelan mati ayah. Nak dikemam pula makin hancur di dalam mulut. Yang bising-bising memekak ni pun, kau tengoklah, diorang bukan ada bisnes sangat, bukan ada ramai pekerja.

Jadi, aku sangat faham apa yang dia fikir. Mungkin aku boleh cadangkan kilang-kilang wajib buat saringan berkala seperti setiap bulan selain SOP dan ketat. Kalau boleh allow kilang-kilang sendiri beli dan jalankan program vaksin, pun aku rasa kilang-kilang akan setuju.

Kalau korang jadi menteri MITI apa korang nak buat?

Ceciter..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.