BODO-BODO : UNTUK BERLAKU ADIL KEPADA DR. MUHAYA..

B

Macam nilah. Aku dah dengar talk dia dari mula sampai habis. Sebenarnya apa yang dia cuba sampaikan ada 1 konteks yang sangat mudah. Walaupun aku tak setuju dengan saranan dia, tetapi aku tak rasa dia berniat jahat. Aku percaya dia orang yang baik dan nakkan kebaikan.

1. Dia perpandangan wanita hari ini terlalu awesome dan sangat independent sehingga menyebabkan mereka tidak bergantung kepada kaum lelaki.

2. Apabila mereka tidak bergantung kepada lelaki, mereka jadi terlebih ego. Bila terlebih ego, maka mereka sangat superior dan kaum lelaki jadi inferior dan takut kepada mereka.

3. Jadi dia mencadangkan untuk wanita yang awesome ini untuk turunkan ego dan berlakon sikit. Gedik-gedik sikit tunjuk yang mereka bergantung sikit kepada lelaki.

Clear?

Dalam masa yang sama, ada maksud tersirat yang dia cuba sampaikan adalah..

1. Sebenarnya, Dr. Muhaya nak kasitau yang lelaki awesome telah pupus atau telah berkurang. Yang tinggal ramai hanyalah si lelaki loser.

2. Jadi wanita awesome terpaksa berlakon nak bagi muka kepada kaum lelaki loser ni kalau nak dapat suami.

3. Yelah, kau tengoklah ramai lelaki hari ini. Punyalah tak guna dan pemalas. Bini jadi bread winner. Bini tanggung. Bini yang beli rumah, bini yang bayar kereta. Lelaki dia buat apa? Buka NGO? Jadi lebai? Main sosmed?

Rumusan dari aku.
1. Sebenarnya bukan wanita hari ini terlebih awesome. Tetapi lelaki hari ini yang sebenarnya terlalu ramai yang loser.

2. Aku tak setuju wanita awesome kena jadi bodo-bodo atau berlakon gedik-gedik. Tak perlu tunjuk desperate dengan menghina akal. Buat apa kau kahwin dengan lelaki loser dan bela biawak hidup?

3. Dr. Muhaya sepatutnya galakkan wanita awesome untuk berkahwin dengan lelaki awesome. Dan selalunya lelaki awesome ini sudah dimiliki macam aku. Senang cerita. Poligami! 😜

Seruan kepada kaum lelaki.
1. Marilah sama-sama kita jadi awesome. Jadi bread winner. Janganlah biarkan kaum wanita terpaksa berlakon bodo-bodo nak bagi korang rasa awesome. Tak malu ke?

2. Kerja kuat gang! Jangan malas. Nak kaya dan nak hidup senang kena rajin, usaha dan kerja keras. Bukan buka NGO, main FB dan Twitter.

3. Tapi kalau rumah pun bini bayar, kereta dia beli, beras dia belanja. Dia memang awesome. Tapi dia terpaksa jadi bodo-bodo untuk bagi kau rasa kau awesome! Dia stay dengan kau tu sebab dia ikut saranan Dr. Muhaya lah sebenarnya. Atau dia memang tak cerdik dan tak independent.

Penutup.
1. Dalam korang mengecam pandangan Dr. Muhaya, cuba korang tengok diri korang, kawan-kawan korang. Berapa ramai yang loser, berapa ramai yang bini dia terpaksa jadi bodo-bodo. Korang automatik jadi TB.

2. Pandangn aku mudah, kalau kaum kita awesome. Ditambah dengan kaum wanita yang awesome. Kita akan jadi bangsa awesome.

3. Korang kena ingat, kaum feminist ni wujud sebab kaum lelaki hari ini ramai yang loser dari awesome. Tapuk dada, pandang cermin.

ps : Walaupun aku hanya memandu Axia Kompang. Tapi rumah aku bayar, kereta aku beli, beras aku belanja. Isteri-isteri diajar dan dididik supaya berdikari seperti boleh memandu, sambung belajar, berniaga dan berkerjaya. Kalau aku mati, mereka takkan menyusahkan orang.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.