JANGAN TERASA KALAU KAU BUKAN PENGKHIANAT..

J

Ada beberapa kerat doktor terasa lebih pula. Duk canang dua tiga kerat doktor-doktor yang dah balik Malaysia macam Dr. Imelda. Dia taknak cerita yang berlonggok kat sana lebih 15 tahun tu.

Lebih 15 tahun kat sana buat apa pula? Yang dah lebih 20 tahun? Training jadi super consultant? Yang jadi GP saja? Yang buat locum dah 10 tahun kat sana siap ada passport Brit. Most of Malaysian doctor kat sana tau pasal ni. Jangan tipu diri sendiri.

Krisis penempatan doktor baru ni bermula lebih kurang tahun 2016. So, yang grad sebelum tahun 2016 tu apa masalah? Yang grad tahun 2012? Yang grad tahun? 2000? Yang grad tahun 1995? Yang grad tahun 1990 zaman tu dah terlebih doktor ke?

Ada juga yang kerajaan melalui universiti dan KKM hantar buat specialization, lepas habis taknak balik. Jangan buat-buat taktau. Ingat tak kes yang doktor dari Penang bawa lari anak ke Adelaide konon sambung buat training cardiologist, terus tak balik dah weh!!!

Meh aku clarify. Aku ada kawan-kawan yang aku tak panggil pengkhianat.

1. Memang dia takda bond. Ikut suka dia lah nak balik ke tak. Aku panggil jenis ni bukan pengkhianat, tapi Gang Lupa Diri.

2. Lepas grad, buat houseman di luar negara. Habis houseman, terus balik Malaysia. Nak skip houseman yang kononnya horror di Malaysia. Aku panggil puak ni Mat Lemah Syahwat.

3. Lepas grad, balik Malaysia. Buat houseman, tak dapat tempat jadi MO. Minta pelepasan sponsor, then fly balik ke negara dia belajar dulu. Ini aku panggil Mat Steady.

4. Serve habis bond, then balik semula ke negara sejuk dia. Ini aku panggil Mat Integrity.

Yang penting balik dulu ikut perjanjian, tujuan dan matlamat asal dihantar ke luar negara. Takkan budak bijak pandai belajar di luar negara tak boleh survive di negara sendiri. Kerajaan hantar belajar ke luar negara nak lahirkan individu yang awesome, bukan loser dan lembik.

Kalau dah memang takda tempat, minta pelepasan dan baliklah ke negara omputih yang kau suka tu! Tanam azam nak balik jadi consultant macam Dr. Imelda. Agreement adalah agreement, matlamat dan tujuan asal jangan dilupakan.

Kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.