BERAPA HARI REGISTRAR SPECIALIST INI PERNAH KERJA DI MALAYSIA?

B

Inilah contoh. Duk sana, kutuk negara sendiri. Walhal dia tak pernah kerja di sini. Walhal isu buli ni, di UK juga berlaku.

Masa aku di UK dulu, kawan-kawan circle aku doktor-doktor pengkhianat ni lah. Diorang ada je cerita pasal kena buli. Balik nangis-nangis. Tapi demi survival, gaji dan masa depan. Diorang teruskan.

Aku ni berpartner dengan doktor-doktor. Antaranya cardiologist Dr Hameeth Shah Abdul Wahid, adik aku juga registrar specialist aka trainee surgeon, husband dia Mr. Tukul aka ortho. Kawan-kawan dalam circle, gopren ramai doktor-doktor. Mestilah aku dengar cerita yang direct sanad.

Kalau benar pun berlaku. Isu itu terpencil. Kalau kau siasat. Kau akan tahu puak mana kaki buli tu. Itulah tujuan kau dihantar ke oversea untuk belajar. Kau balik kau ubahlah. Takkan berani bunyi dalam twitter je. Takan cerdik pandai tak berani n tak yakin nak survive kat Malaysia. Ramai je balik survive.

Dulu ex-boss aku pernah cakap, sepatutnya orang macam kamilah kerajaan kena appreciate, bagi kami insentif. Kami ni dulu pun belajar di UK, kami ada peluang stay kat sana, tapi kami balik. Kami yang berjuang di Malaysia. Tapi yang stay pula dapat macam-macam insentif. Dahla diorang yang khianat, nak balik pun kena pujuk dengan macam-macam gula-gula.

Eh, kenapa di UK ada kes buli? Macam tak bertamadun je di UK..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.