PROGRAM KORBAN MANA YANG BAGUS?

P

1. Melakukan korban dan akikah adalah urusan agama dan hukumnya sunat.

2. Dalam hukum sunat tersebut terdapat sunnah dan falsafah disebalik amalan sunat tersebut.

3. Sunnah amalan korban dan akikah adalah :
-pilih haiwan sembelihan yang terbaik.
-sendiri sembelih.
-sendiri jamah sedikit.
-dilakukan di locality sendiri.
-sendiri sedekah kepada asnaf.

4. Falsafah disebalik amalan korban dan akikah adalah mendekatkan diri kita dengan golongan asnaf dan berkorban mendapatkan yang terbaik. Simpan lagi duit, buat yang terbaik.

5. Jadi soalan nak yang murah, pada aku tidak valid. Sunnah dan falsafah sama-sama menunjukkan kita supaya memberi yang terbaik. Jika tidak mampu, takpa. Simpan lagi duit, buat yang terbaik tahun depan.

6. Pasal yang mana tak menipu. Aku taktau. Aku memang tak percaya semua. So, elok buat dengan locality sendiri, sendiri sembelih. Nampak depan mata.

7. Aku memang tak pernah setuju korban luar negara yang aku tahu banyak scam dari betul.

8. Aku pernah tulis pasal korban dan akikah ni. Boleh ulangkaji balik di link-link di bawah.

—Rujuk semula—
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/297129598220893/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/222260249041162/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/304763737457479/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/296073264993193/?d=n

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.