BERCAKAP BENAR ITU TIDAK MUDAH

B

Sampai hari ini dan setakat ini, segala fakta yang aku keluarkan tidak ditepis dengan fakta. Yang dibalas hanyalah dengan fitnah, persepsi, sangkaan dan kebodohan.

Segala perkakas kejahatan dan kebodohan akan digunakan bagi menutup kebenaran yang aku nyatakan. Mereka jadi pemfitnah, jad strawman, melakukan red herring, ad hominem fallacy. Personal attack jangan kiralah.

Ketika aku menyatakan tentang kebenaran Fashion Valet telah rugi 10 dan 20 juta di atas kertas. Ada yang mengatakan aku jelous. Lupa nak tanya, dah untung ke tahun ni? Web RM2.2m yang write off tu, masih tiada khabar. Sebelum tu sibuk nak defend. Mereka yang malu itu terus kekal jadi pengumpat aku dari jauh.

Begitu juga apabila aku menyatakan kebenaran tentang syarikat Onexox yang dimiliki hanya 40% Melayu dan selebihnya milik Xox dengan kesemua pengarah syarikat dari Xox dan majoritinya berbangsa Cina. Apa mereka jawab, mereka maki hamun aku. Mereka panggil Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah yang menggunakan fake account untuk memfitnah aku. Faktanya tidak dijawab. Yang pasti, tiba-tiba CEOnya yang selama ini memaki hamun aku, ghaib dari Facebook.

Tidak lupa juga isu Farmfresh yang aku jelaskan Bossusu hanya memiliki 0.3% dari keseluruhan saham syarikat dan aku menyatakan ia bukan milik bumiputera. Aku dituduh dengki Melayu, nak jatuhkan Melayu, nak promote syarikat aku. Fakta yang aku kemukakan, tiada jawapan balas. Hanya fitnah dan sangkaan jahat sahaja.

Yang terbaru pasal Aman Palestin. Apa yang mereka jawab? Walaupun mereka kononnya Islamis, bersama-sama Palestin, hafal Quran, tudung labuh, solat bagus. Tapi apa senjata mereka pakai lawan aku? FITNAH.. Apa lagi kau expect dari mereka?

Aku tak peduli apa orang nak sangka dan kata. Selagi fakta, data dan figura aku keluarkan tidak mampu dinafikan. Aku kekal di atas kebenaran. Aku takkan berganjak walaupun selangkah. Buatlah apa pun. Selagi aku bercakap benar, aku percaya tuhan akan merahmati aku.

Akh teringat kata-kata Hamka di dalam buku Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor. Katanya,

“Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah.”

Kalau Hamka dan ayahnya telah difitnah teruk ketika zamannya. Ini pula aku yang kerdil, miskin dan hina. Hanya berselipar dan memandu Axia Kompang. Lagi wajarlah aku dicaci, difitnah dan dihina..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.