HAFAL QURAN JADI HEBAT? BENARKAH?

H

Sejujurnya, aku telah melihat ramai kawan-kawan dan saudara mara aku yang menghafal Quran bukanlah seperti yang diceritakan seperti menjadi makin cerdas, IQ tinggi, jadi fast learner dan sangat pintar.

Tidak.

Hal ini aku telah lihat ramai. Adik aku sendiri seorang huffaz yang tak jadi apa-apa pun. Biasa-biasa saja. Kawan-kawan sepermainan yang biasa duduk di kelas belakang, masuk pusat tahfiz, tamat hafalan, pun takdalah jadi seperti yang digembar-gemburkan.

Bahkan hal ini telah diceritakan sejak zaman para sahabat lagi. Iaitu golongan khawarij. Khawarij ini dikatakan ahli Quran, menghafal dan kuat membaca Quran. Tetap dianggang bodoh dan tak faham Quran. Akhirnya kesemuanya mati kafir dan digelar anjing neraka.

Menghafal bukanlah perkara yang rocket science. Ia hebat . Tetapi ia bukanlah ukuran menunjukkan seseorang itu pintar atau hebat . Sama seperti seseorang yang hebat mengira secara congak, ia tak dianggap hebat matematik oleh kaum math. Ia sekadar hebat mencongak dan mengira.

Tetapi berapa ramai pencongak yang berjaya menyelesaikan unsolve math atau mengeluarkan theorem, equation, atau penemuan baru dalam dunia math. Menang noble prize. Jawabnya, aku tak dengar lagi.

Aku bukan nak kata orang hafal Quran itu tidak bagus. Ia bagus. Tetapi bukanlah perkara yang terlampau hebat yang perlu diangkat dan dilambung setinggi langit. Tidak. Ia biasa sahaja. Korang baca tulisan ini. Dia berkata benar.

https://www.facebook.com/100063241567304/posts/154841776633874/?d=n

Alah, wanita ISMA yang memfitnah aku tu doktor dan kononnya hafal Quran juga. Kalau betul hafal Quran boleh jadi cerdik, kenapa doktor tersebut boleh jadi walau’un ISMA dan sanggup memfitnah? Mana kecerdasan? Mana IQ? Mana kebijaksanaan?

InsyaAllah, aku akan saman dia. Nak dengar hujah seorang doktor dan penghafal Quran jawab saman aku di dalam mahkamah nanti. Aku tau lambat lagi sebab court tak buka. Tapi takpa. Aku tetap nak ajar dia..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.